Sunday, February 28, 2010

Siapa lebih cerdas dan pandai?

Siapakah yang lebih cerdas atau pandai di antara M. Nasir dengan Dr Sheikh Muszaphar (Angkasawan Negara)? Siapakah yang lebih bijak antara P. Ramlee dengan seorang Profesor Matematik di sebuah Universiti? Jika dibandingkan dengan Datuk Nicol David dan Datuk Tony Fernandes, siapakah yang lebih cerdas mindanya?

Dan di antara seorang pelajar yang mencapai kecemerlangan di dalam sukan dengan seorang yang mencapai kejayaan dalam bidang pelajaran, siapakah yang lebih hebat?

Saya tahu kebanyakan kita mempunyai jawapan yang mudah. Kerana kita diberitahu semenjak dahulu ; kebijakan dan kepandaian diukur pada kecerdasan intelek (IQ) sahaja. Jadi siapa yang tidak berjaya dari segi inteleknya, akan dikatakan sebagai lembab atau kurang bijak. Betul ke begitu?

Sebenarnya perbandingan itu adalah salah. Manusia dilahirkan dengan setiap dirinya mempunyai kecerdasan yang tersendiri (bergantung pada penggunaan minda yang dimilikinya). Mungkin Sasterawan Negara Datuk S Samad Said kurang mahir dalam matematik…tetapi adakah beliau boleh dikatakan kurang cerdas dalam mindanya?

Berikut adalah jawapan untuk semua soalan di atas:-

Menurut Daniel Goleman (Pakar Psikologis), Kecerdasan Intelek hanya menyumbang lebih kurang 5 hingga 10 peratus sahaja kepada kejayaan hidup. Malahan kajian umum menunjukkan mereka yang mencapai IQ yang sangat tinggi selalunya kurang Berjaya dalam pelbagai bidang kehidupan. Pelik bukan?

Berikut adalah jenis-jenis kecerdasan yang dimiliki oleh manusia. Kemungkinana senarai ini bertambah apabila semakin maju kajian dalam bidang ini. Anda jangan risau jika anda tidak bijak dalam matematik atau sains. Mungkin anda mempunyai kecerdasan di dalam bidang yang lainnya.

Terdapat 7 kecerdasan dan kemahiran Berfikir Perlu Dikembangkan (setengah mengatakan 8 kecerdasan)? Jebih baik jika kecerdasan ini dapat diseimbangkan untuk memberi kebaikan pada seseorang individu. Tetapi pastinya seseorang individu mempunyai kecerdasan yang tertinggi pada sesuatu kemahiran. Dan jika anak anda kurang pencapaiannya dalam pelajaran, jangan dimarahi atau diperbodohkan mereka. Mungkin mereka mempunyai kecerdasan pada pekara yang lain.

Berikut adalah Tujuh Kecerdasan tersebut

Menurut Howard Gardner (1983), seseorang mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan berikut:

Kecerdasan - Kebolehan dan Pekerjaan

1. Bahasa/Lingkustik :Menulis karangan, sajak, puisi, pantun dan memberi ucapan.

Pekerjaan :Penulis, penyajak, penceramah

2. Logik/Matematik : Statistik, Mengira, membuat analisis

Pekerjaan : Saintis, Jurutera, Akauntan

3. Visual (Imaginasi) :Mencorak, melukis, mengukir

Pekerjaan :Pelukis, Pengukir, Arketik

4. Muzik : Mencipta lagu, menyanyi, menikmati muzik, memainkan alat muzik

Pekerjaan : Pencipta lagu, Penyanyi, Pemain alat muzik,

5. Kinestatik/Jasmani :Gerakan, tarian, lakonan, sukan, permainan Atlet,



Pekerjaan : Pemain bola sepak, Peninju, Penari,, Pelakon.

6. Interpersonal : Perhubungan manusia

Pekerjaan : Diplomat, ahli politik, peniaga

7. Intrapersonal : Nilai murni, pendirian, falsafah



Pekerjaan : Pengarang, penyajak, ahli falsafah

Ini belum dimasukan dengan kecerdasan emosi (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ),

Otak kiri-Otak kanan & “Whole Brain” (Part 1)

Mengenali otak manusia sebenarnya seperti kita membuka satu “motherboard” sebuah komputer yang akan menjelaskan bagaimanakah sistem komputer itu berkerja, kekuatan (kelajuan) komputer tersebut, kekuatan memorinya (RAM), kesesuaian pengunaan komputer tersebut (untuk kegunaan personal , kegunaan pejabat, penggunaan programmer dan seterusnya) dan sebagainya.

Begitu juga bagi otak, mengenali dan memahami susunan otak dan komponen/komposisi otak seakan memberitahu kita siapakah indivudu itu sebenarnya, kemampuannya dan bagaimana seseorang individu itu berinteriksi serta bertindakbalas dalam kehidupannya (Malahan sudah tentu lebih kompleks dari komputer).

Otak manusia terdiri dari belahan atau hemisfera otak kiri dan kanan (selain mempunyai 3 susunan lapisan- insya Allah nanti saya kongsikan bersama) :-



Otak kiri banyak dikaitkan dengan fungsi akademik yang terdiri dari kemampunan bercakap, kemampuan berbahasa, membaca tulisan, logik, angka, analisis, dan lain-lainnya. Biasanya ia diidentitikan dengan kecerdasan analitik atau intelek. Maksudnya otak kiri kita ini banyak berkait dengan kemampuan matematik, analisis dan kemampuan berfikir secara sistematik. Cara kerja otak ini sangat rapi, dan terstruktur/tersusun. Biasanya otak kiri ini sangat bermanfaat digunakan untuk memahami hal-hal yang kompleks dan perlu pemikiran yang mengkhusus. Individu yang biasanya lebih menggunakan otak kiri adalah seorang penganalisis, pengkaji, Ahli matematik atau saintis.



Sementara Otak kanan pula adalah tempat untuk perkembangan hal-hal yang bersifat artistik, kreativiti, perasaan, emosi, gaya bahasa, irama musik, imaginasi, fantasi, warna, pengenalan diri dan orang lain, hubungan sosial dan pengembangan keperibadian. Jika individu yang banyak yang mengatakan otak kiri dilabel sebagai pengendali IQ (Intelligence Quotient), otak kanan pula memegang peranan penting bagi perkembangan EQ (Emotional Ouotient). Fungsi dari otak kanan ini adalah untuk mengurus pola berpikir kreatif manusia, contohnya adalah kemampuan komunikasi (lingusitik). Cara kerja otak kanan ini biasanya tidak terstruktur, dan cenderung tidak memikirkan hal-hal yang terlalu khusus iaitu bertentangan dengan otak kiri. Contoh orang yang mengunakan otak kanan dibandingkan otak kirinya adalah seorang seniman, pelukis dan sebagainya.







Saya percaya anda tentu perasan bagaimana sesetengah individu akan mempunyai kelebihan pada nombor, lebih rasional atau logik hingga kelihatan sangat “terikat” dengan peraturan dan protokol yang menyebabkan ia boleh kelihatan seperti “robot”.



Sebaliknya , terdapat pula sesetengah individu yang sangat kreatif, berjiwa seni, sangat natural dan kerap kelihatan berada di dalam suasana yang semulajadi. Mereka seperti seorang artis, pelukis, pelakon, ahli muzik, pereka dan sebagainya.



Ini juga menjelaskan kita bagaimana individu terkenal seperti penyanyi M Nasir mempunyai kemampuan dalam kumpulan hemisfera otak yang sama (sebelah kanan) iaitu selain menyanyi, beliau juga berkemampuan dalam bidang gubahan dan penciptaan lagu, mengarah filem, pelukis, berkemampuan dalam bersajak. Begitu juga seperti SN Samad Said selain menulis novel, beliau juga adalah seorang pelukis.



Kenapa boleh jadi bergitu…….? Ini kerana “pemberat” dalam penggunaan belahan otak pada diri masing-masing.



Kerana itu, apabila anda telah mengetahui yang otak mempunyai dua belahan yang berfungsi mengikutkerja masing-masing, dan setiap hemisfera mempunyai kekuatan dan kekurangannya (saling melengkapi), anda sudah boleh menerangkan alasan yang munasabah dan saintifik terhadap perbezaaan yang terjadi di antara sesetengah individu.



Di dalam bidang sains minda, apa yang berlaku pada setiap inidvidu ini (malahan ada pada hampir setiap individu) dipanggil “Brain Lateralization”. Ramai juga pakar psikologis memanggil situasi tersebut sebagai “Brain Dominance” iaitu penggunaan yang tinggi pada belahan otak yang tertentu. Kajian ahli sains neurologi memikirkan situasi ini berlaku kerana gen seseorang individu (seperti penggunaan tangan kanan atau kidal). Tetapi sesetengah pakar kajian mengatakan oleh pengalaman pembesaran, pendidikan, pengaruh ibubapa dan juga situasi masyarakat sekeliling yang mempengaruhi penggunaan otak tersebut.



(Anda boleh melakukan ujian di sini dan di sini untuk mengetahui dimanakan hemisfera otak yang banyak anda gunakan)



Meskipun kebanyakan individu akan menggunakan satu hemisfera yang lebih berbanding yang satu lagi (selalunya kebanyakan kita menggunakan otak kiri secara berlebihan kesan dari pendidikan di sekolah) tetapi secara puratanya seseorang individu akan menggunakan kedua-dua belahan otaknya untuk aktiviti-aktiviti seharian.



Bagaimanapun, untuk mencapai kualiti kehidupan yang lebih baik dan untuk kita mengoptimakan serta membangkitkan kemampuan POTENSI DIRI seseorang individu, penggunaan kedua-dua hemisfera otak adalah sangat penting. Iaitu kita menggunakan kedua-dua hemisfera otak dengan seimbang. Malahan kemampuan dan kekuatan fungsi otak akan meningkat secara drastik apabila kita dapat mengoptimakan kedua-dua belah otak ini. Ini yang dipanggil “Whole Brain”. Iaitu penggunaan otak yang lebih menyeluruh.



Jika dahulu bidang pendidikan hanya menggunakan dan mengiktirafkan kecerdasan intelek iaitu penggunaan yang ketara pada otak kiri, ahli psikologis dan pakar pendidikan semakin memahami bahawa ia tidak mengoptimakan fungsi dan kekuatan otak dan mempunyai kelemahan pada kecerdasan emosi (EQ). Terbukti, dinegara-negara yang maju dimana terdapat terlalu ramai pelajarnya yang tinggi dalam IQ dan cemerlang dalam pelajaran, mereka menghadapi masalah EQ yang ketara. Banyak masalah sosial datang dari kelemahan di sebelah EQ.



Kerana itu sekarang wujud banyak institusi seperti SuperLearning Technologies, Accelerated learning, Montenssori Method, The Shichida Method dan sebagainya iaitu institusi yang menggubah pendekatan pembelajaran kepada konsep “whole brain learning” dengan mengoptimakan keseluruhan otak untuk mendapat kecermelangan dalam kehidupan.



Kita sambung lagi pada artikel akan datang….

Otak kiri-Otak kanan & “Whole Brain” : Evolusi Kecerdasan Manusia (Part 2)

Semenjak zaman batu hingga awal tahun 1900, manusia bertarung dan beradu kekuatan dengan menggunakan hanya berdasarkan kekuatan dan kecerdasan jasmani atau fizikal. Siapa yang lebih gagah fizikalnya, siapa yang lebih kuat tenaganya akan dipandang tinggi dan dimuliakan di dalam masyarakat. Terutamanya dari dunia sebelah barat yang menggunakan kemampuan fizikal dan kecerdasan jasmaninya untuk menakluki dan menunjukkan kegagahan mereka.

Walaupun, perkembangan ilmu dan pengetahuan mula berkembang dari tamadun dunia seperti dari timur tengah, tetapi ia berkembang dengan agak terbatas dan pelahan kerana faktor logistik dan perhubungan yang sangat kuno pada masa tersebut.

Bagaimanapun, selepas diperkenalkan oleh William Stren, Kecerdasan Intelek (IQ) telah berjaya menarik perhatian oleh masyarakat dunia terutamanya sebelah barat. Sekitar tahun 1918, Amerika Syarikat telah mula memperkenalkan ujian IQ secara umum bagi calon tenteranya. Banyak bentuk ujian dalam menentukkan kecerdasan intelek seseorang individu diperkenalkan. Ujian IQ ini mula menghantui sesetengah pelajar ketika ingin memilih kerjaya mereka.

Di Negara-negara maju, IQ dijadikan “batu pengukur” tentang kepandaian dan kebijaksanaan seseorang inidivdu. Semakin tinggi IQ nya semakin tinggi penghormatan dan dipandang tinggi dalam masyarakat terutama dalam bidang akademik. Berlaku lonjakan kenaikan dalam tahap IQ secara mendadak kesan dari kemajuan makanan (terutamanya vitamin) dan juga penghasilan permainan yang mengguji keupayaan minda intelek seperti game dan puzzle iaitu satu cara mengasah kecerdasan intelek atau otak kiri.

Malahan berlaku gelombang perubahan dunia pendidikan apabila, matematik dan sains menjadi alat penggukur kecemerlangan pelajar. Mata pelajaran seperti lukisan, seni, kreativiti dan sastera mula dipandang rendah oleh masyaraka t akademik.

Bagaimanapun, selepas dunia menghadapi situasi yang semakin banyak masalah dan penyakit yang berkaitan dengan sosial dan psikologi, Kecerdasan emosi (EQ) dan Kecerdasan Kerohanian (SQ) muncul dan diperkenalkan di alaf baru 2000. Danial Goleman , Danah Zohar dan Ian Marshall adalah antara orang yang memperkenalkan istilah-istilah baru kecerdasan ini.

Apa yang menarik adalah manusia mula diukur kehebatan dan kecemerlangan bukan sekadar ketinggian inteleknya tetapi perlu punya kecerdasan emosi dan kefahaman kerohanian yang tinggi. Istilah baru ini mula dibawa masuk ke dalam dunia dunia korporat dan kepimpinanan. Dunia mula mencari “model-model” baru yang mempunyai kemampuan yang lebh holistik. Ujian kelayakan dalam perkerjaaan mula diubah iaitu bukan setakat ujian IQ tetapi juga melihat kemampuan kematangan emosi, interpersonal, kreativiti dan sebagainya (kecerdasan dari otak kanan).

Apa yang perlu anda ketahui adalah, evolusi kecerdasan manusia ini berlaku kesan dari perkembangan dan pengetahuan terbaru tentang komposisi atau komponen yang dimilki oleh otak manusia. Ahli pembanguanan diri dan psikologis mula mengetahui yang pengunaan kedua-dua otak yang seimbang dan menyeluruh akan memberi kesan yang baik pada tahap kecerdasan manusia secara holistik dan seimbang (coherent).

Konsep “Whole Brain Technology” diperkenalkan oleh Ned Hermann adalah konsep penggunaan otak yang lebih menyeluruh dan telah mendapat sambutan yang hebat dalam masyarakat dunia. Masyarakat akademik mula mengiktiraf penggunaan “whole brain” di dalam melahirkan pelajar dan insan yang lebih berjaya, cerdas dan cemerlang di dalam pelajaran. Jika sebelum ini , pendidikan hanya menumpukan pada penggunaan otak kiri seperti logik, matematik, sains dan sebagainya, kaedah-kaedah baru mula dibangunkan untuk membantu pelajar dan individu cemerlang baik dalam pelajar mahupun pendidikan dengan mengabungkan penggunaan otak kanan dalam sistem pendidikan.

Tony Buzan adalah pakar penggunaan otak yang telah memperkenalkan dan membawa konsep “whole brain” dalam buku-buku dan kursus yang dijalankannya. Mind Maps adalah satu kaedah “whole brain” yang paling popular digunakan dalam dunia pendidikan hari ini dengan menggunakan gambar, warna dan kreativiti dalam meningkatkan potensi otak. Malahan “Accelerated Learning” dan “Quantuam Learning” juga mula menggunakan muzik dan irama sebagai satu kaedah dalam pembelajaran mereka.

Bersambung…….

“Belajar” adalah kerja Otak

Baik ia seorang guru yang mengajar mahupun ia seorang pelajar yang sedang belajar, memahami dan mengetahui cara yang betul mengendalikan, menjaga, mengurus dan menggunakan otak akan memaksimakan kemampuan dan potensi kekuatan yang dimiliki oleh otak dan minda. Ini kerana belajar adalah satu dari pekerjaan otak.



Jika anda sedang mengangkat sebuah kotak yang berat atau anda sedang memotong sebatang kayu, anda besar kemungkinan menggunakan kekuatan fizikal dan kekuatan anggota badan seperti tangan dan kaki anda. Tetapi apabila anda sedang belajar, anda sedang menggunakan kemampuan dan potensi otak yang anda miliki.



Seorang pelajar yang sedang membaca akan menggunakan otaknya untuk memahami dan mengingati maklumat dan pengetahuan yang sedang dia proses. Jika ia sedang menyelesaikan satu masalah matematik, ia juga sedang menggunakan otaknya untuk mendapatkan jawapan dari permasalahan tersebut. Begitu juga jika pelajar tersebut sedang memberi tumpuan pada satu sesi pembelajaran mahupun pembacaan. Pelajar tersebut sedang menggunakan kekuatan dan kemampuan otaknya. Apatah lagi jika pelajar itu sedang menghadapi peperiksaan?



Sudah tentu pelajar tersebut akan menggunakan otaknya untuk mengeluarkan segala ilmu dan pengetahuan yang dimilikinya di dalam otaknya.



Cuba anda bayangkan jika anda membeli sebuah Handphone terbaru yang bernilai ribuan ringgit dan anda berikan kepada datuk anda sebagai hadiah kepadanya. Saya percaya yang datuk anda akan hanya menggunakan HP tersebut untuk menerima dan membuat panggilan sahaja. Pada hal, HP tersebut adalah keluaran terbaru yang memiliki pelbagai fungsi yang sangat besar. Tetapi jika HP tersebut diberikan kepada adik anda yang berusia belasan tahun. Saya percaya , adik anda akan menggunakan pelbagai fungsi yang dimilki oleh HP tersebut dari pada membuat penggilan , sms, mengambil gambar, askes ke internet dan sebagainya. Maka adik anda telah menggunakan potensi yang dimiliki oleh HP tersebut kerana ia mempelajari dan memahami cara pengendalian, penjagaan, dan menggunakan HP tersebut.



Apatah lagi bagi otak yang tidak ternilai harga yang kita dimiliki ini?



Kerana itu mengetahui cara dan kaedah yang betul menggunakan otak dan mengendalikan otak akan membantu pelajar tersebut mendapatkan hasil yang terbaik dari satu potensi besar yang dimiliki oleh seorang manusia. Cara yang betul merehatkan otak, cara yang betul memasukkan maklumat untuk dijadikan memori jangka panjang, cara yang betu memberi tumpuan pada sesuatu subjek dan cara yang betul melakukan latihan-latihan yang akan meningkatkan kemampuan tidak terbatas yang dimiliki otak dan seterusnya memberi kebaikan dan manfaat yang tak terhingga kepada individu tersebut.



Kerana itu, kenalilah otak anda supaya anda dapat mengendalikan dan mendapat manfaat terbaik dari kehebatan anda sendiri.

Meditasi : Lanjutan artikel 04092007

Seperti kata Master AzZahra..tetiba meletup pula artikel ini. Jadi kerana artikel ini mengundang beberapa soalan dari pembaca. Saya ingin mengemaskinikan semula artikel yang saya tulis hampir 2 tahun yang lalu.





Meditasi adalah istilah terjemahan dari perkataan MEDITATION. Ia merujuk pada istilah umum yang diguna pakai untuk satu ritual dimana ia bertindak sebagai satu “alat@tools” untuk mengawal aktiviti minda @ mental pada keadaaan yang kita panggil “kekosongan minda” atau ketenangan minda. Dari sudut sains mindanya pula, meditasi adalah satu proses di mana kita mengatur beberapa aktiviti tubuh badan kita seperti aktiviti mental, aliran pernafasan dan juga kedudukan beberapa fisiologi tubuh badan kita. Apa yang diingini dalam meditasi secara fizikal dan mentalnya adalah gelombang minda (brainware) kita akan mula menurun dari “beta wave” ke tahap gelombang yang lebih rendah iaitu alpha atau ke theta mahupun hingga ke delta state. (Memanfaatkan kekuatan minda separa sedar)Nota.



Itulah meditasi secara istilahnya. Pelbagai keuntungan dan manfaat apabila kita dapat menggunakan gelombang minda yang lebih rendah dari beta state. Ini yang dipanggil menjana atau membangkitkan kemampuan minda separa sedar iaitu menggunakan kekuatan terpendam yang dimiliki oleh minda pada tahap alpha, theta mahupun delta.



Masalahnya, meditasi bukan setakat itu. Ia terlalu besar jika mahu dibahaskan dan dikupas. Bukan sekadar satu artikel, atau satu helai tulisan yang cukup untuk menjelaskan apakah itu meditasi. Ia melampaui sekadar satu buah buku. Ia perlu penjelasan dan pengetahuan. Yang paling penting ia adalah PENGALAMAN.



Kerana itu meditasi mempunyai penjelasan dan penerangan yang berlainan dari setiap individu yang mempnyai tujuan dan aliran yang berbeza. Ini pendapat saya. Kerana meditasi adalah satu subjek yang sangat besar. Ia berhubung dan menjelaskan hubungan manusia dari beberapa elemen baik dari sudut fizikal, mental, emosi dan kejiwaan seseorang individu. Malahan meditasi wujud dalam banyak ritual yang lain.



Dalam Islam kita ada istilah yang mudah seperti bertafakur. Ada juga zikir. Iaitu pada pendapat saya adalah satu meditasi yang bersifat kerohanian. Malahan , dalam tarikat , banyak elemen meditasi seperti pernafasan, sebutan perkataan dan frekuansi vokal yang digunakan. Dalam olah tenaga dalam, meditasi pernafasan digunakan untuk membangkitkan kekuatan dalaman. Bagi orang biasa, meditasi merujuk pada satu kaedah “relaxation” untuk menghilangkan minda yang stess dan penat dalam kehidupan seharian. Malahan bagi pengamal meditasi seperti Yoga, lebih banyak tahap meditasi yang telah dikategorikan dan diberikan pelbagai nama.



Maka, Meditasi terlalu besar untuk dihuraikan dalam satu artikel. Kita kena tahu apakah yang kita inginkan dalam meditasi yang kita lakukan. Banyak kaedah dan cara yang sesuai dalam mempraktiskan dan mendapat manfaaat dari “alat” (baca: meditasi) yang akan menghubungkan kita dengan POTENSI diri yang terrpendam itu. Kerana kemampuan POTENSI MANUSIA sangat luas. Meditasi hanya alat untuk membangkitkan kemampuan dan kekuatan yang kita miliki.



Secara ringkas, saya bahagikan meditasi kepada beberapa aliran. (Ini berdasarkan pengalaman saya). Bagi yang berminat utnuk mendalami meditasi perlu melihat apakah manfaat yang anda inginkan.



» Meditasi dari aliran fizikal: Ini meditasi yang lebih tertumpu pada manfaat fizikal seperti relaxation, ketenangan minda, kemampuan fokus, kesihatan jasmani dan penafasan serta kemampuan daya fikiran. Selalunya meditasi pada peringkat ini adalah mudah dan senang dipelajari. Boleh menggunakan buku dan membaca artikel sudah memandai untuk peminat meditasi aliran ini.



» Meditasi aliran kekuatan minda dan potensi minda. Ini memerlukan disiplin yang lebih kuat dari meditasi aliran fizikal. Manfaatnya adalah seperti membangkitkan kekuatan minda seperti kekuatan tenaga dalam, daya kekuatan fokus (mendapatkan apa yang kita inginkan), memprogram “belief system”, meningkatkan kekuatan fikiran, daya ketenangan yang lebih tinggi, menjana kemampuan ESP dan beberapa kemampuan minda yang lain. Pada tahap ini, meditasi masih boleh dipelajari dari pembacaan, tetapi pendapat saya adalah lebih baik jika dapat mengikuti kursus atau workshop supaya kaedah meditasi dapat dipelajari dengan lebih betul. Selain itu, terdapat beberapa tools teknologi moden yang boleh disokong dalam mengamalkan meditasi seperti “brainwave sound” yang menggunakan teknologi subliminal atau binaural beat dan sebagainya. Terdapat juga beberapa tools lain seperti biofeedback yang juga sangat baik digandingkan dalam pengamalan meditasi untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat.



» Meditasi aliran energi. Ini aliran yang juga lebih “deep”. Menggunakan kesemua elemen meditasi yang saya sebutkan dan dikembangkan dengan proses “pembangkitan” dan “membukaan sistem energi” manusia seperti sistem chakra dan sistem aura. Meditasi aliran ini menjana manfaat yang lebih besar seperti kemampuan esp dan psikik, remote viewing, out of body, energy healing dan sebagainya. Kemampuan “third eye” selalunya dimanfaaatkan. Selalunya mengunakan kemampuan dan manfaat sumber energi seperti sistem chakra. Meditasi ini selalunya memerlukan seorang guru atau pengajar. Tidak cukup dengan hanya membaca(memerlukan masa yang panjang dan kaedah yang betul). Apah lagi proses “attunement” perlu dilakukan untuk mendapatkan manfaat yang saya sebutkan tadi. Aliran ini popular di Malaysia dengan nama seperti REIKI, Tenaga Dalam dan beberapa aliran terapi energi yang lain.



» Terakhir adalah meditasi aliran kerohanian. Ini adalah untuk mencapai pencerahan ketuhanan. Aliran ini selalunya tidak melihat manfaaat meditasi yang saya sebutkan sebelum ini. Mereka menggunakan meditasi sebagai jalan mencapai kejayaan hakiki antara diri dan pencipta. Tetapi melalui pengalaman saya, kebanyakan mereka yang menjadikan amalan meditasi ini akan mendapat manfaaat besar dari kesemua manfaaat yang saya sebutkan> di atas. Bergantung pada kekuatan amalan meditasi yang mereka bawakan. Tidak hairan, ulama dan mereka yang menjadikan ritual ini dalam kehidupan selalunya tenang, lebih makmur dalam kehidupan, mempunyai kemampuan psikik mahupun kemampuan penyembuhan yang tertentu dan sebaginya. Boleh dipelajari dari semudah amalan yang boleh didapati dari buku sehingga mencapai keperluan mempunyai seorang guru atau pengajar. Malahan dalam aliran tarikat, ia memerlukan “bai’ah” dari “Sheikh” tarikat.



Ini yang dapat saya kongsikan. Mungkin tidak mencukupi kerana subjek ini sangat luas. Apa yang penting kita terus belajar dan belajar untuk mendapat manfaaat dari kemampuan manusia yang besar. Moga artikel ini dapat dijadikan panduan untuk mereka yang berminat mendalami ritual yang tidak mati ditelan zaman ini. Bagaimanapun saya buka blog ini untuk sebarang pertanyaan lanjut bagi mereka yang berminat.

Meditasi : Kesan pada neuro otak

Meditasi adalah kunci untuk anda membangkitkan dan menjana potensi kekuatan yang dimiliki oleh Minda Separa Sedar. Kerana itulah semenjak beribu-ribu tahun dahulu, meditasi telah menjadi sebagai sebahagian dari mana-mana amalan yang berbentuk seperti amalan berbentuk “mistik”, amalan yang berbentuk kerohanian dan amalan berbentuk kebatinan (bertapa di gua-gua dan sebaginya).

Meditasi sudah menjadi satu amalan “wajib” bagi membangunkan POTENSI DIRI yang dimiliki oleh seseorang individu. Hatta bagi seorang pencipta lagu atau pencipta sajak mahupun penulis buku pun perlu “bermeditasi” untuk mendapatkan ilham atau idea. Tetapi ia boleh disebut sebagai meditasi yang ringan iaitu bersifat “relaxation” atau me“relax”kan minda sebelum ilham yang kreatif akan mula datang ( kreativiti dijana dari otak kanan yang sinonim dengan kemampuan minda separa sedar). Bagaimanapun, kerana pencipta-pencipta lagu atau pencari idea kreatif ini sudah selalu melatih diri cara “termenung” memasuki “relaxation state” tersebut, mereka tidak memerlukan cara asas yang banyak digunakan oleh para pemeditasi iaitu perlu bersila atau duduk dengan “posture” yang tertentu. Sebaliknya mereka hanya perlu memcari sesuatu situasi yang telah di’anchor” oleh mereka sebagi satu proses memasuki potensi minda ini. Cuma panggilan bagi meditasi ini berubah dan berbeza kerana faktor bahasa dan agama yang berbeza-beza. Secara asasnya elemen asas meditasi akan boleh dijumpai dalam kebanyakan amalan yang saya sebutkan di atas.

Persoalannya kenapa meditasi mempunyai kesan besar pada tubuh badan?

Di sini saya ringkaskan beberpa manfaat yang didapati dari kajiaan para sain neurologi tentang kesan meditasi kepada kesihatan otak seorang individu:-

•Kajian menunjukkan amalan meditasi yang betul akan meningkatkan kadar hormon DHEA (Dehydroepiandrosterone) di dalam otak. Apakah DHEA dan bagaimana ia member kesan pada diri anda. Dalam mana-mana jurnal kesihatan telah menerangkan bagaiman kekurangan kadar DHEA (dihasilkan oleh kelanjar adrenal) di dalam badan mempunyai kaitan rapat dengan risiko serangan jantung, diabetis, kanser, masalah kereputan tulang dan pelbagai lagi masalah kesihatan. Kadar DHEA yang baik memebri kesan jelas dari segi peningkatan daya ingatan, `mencegah depresi, dan memberi kenaikan yang signifikan kepada kesihatan psikologi dan kesihatan tubuh badan. Selain itu DHEA juga sangat berkait rapat dengan system immune badan manusia. Kurangnya hormon DHEA akan memebri kesan besar pada system immune badan yang mempercepatkan kadar penuaan tubuh badan fizikal manusia dengan menganggu kadar tidur, stress, dan seksual individu.

•Meditasi didapati meningkatan hormon Melatomin. Melatomin adalah hormone yang dihasilkan oleh kelanjar pineal dari asid amino acid tryptophan. Kadar melatomin memainkan peranan penting ke atas tidur yang cukup (baca:sihat). Diketahui stress akan mengurangkan kadar melatomin. Selain itu Melatomin juga adalah satu antioxidant yang baik. Kadar melatomin yang cukup memyebabkan anda mempunyai tidur yang lena.

•Meditasi meningkatkan hormone serotonin. Serotomin adalah neurotransmitter and neuropeptide utama yang mempunyai pengaruh besar ke atas mood dan tingkahlaku seseorang individu. Kekurangan serotonin banyak dikaitkan dengan masalah emosi dan psikologi seperti depresi, obesity, insomnia, migraine. Malahan kerungsingan (anxiety) dan depresi yang dirawat dengan kaedah perubatan ( unsure dadah) diberi ubat seperti Prozax, Paxil dan Zoloft yang meningkatkan/stimulasikan kadar serotonin di dalam otak. Tetapi meditasi meningkatkan serotonin secara semulajadi.•Meditasi meningkatkan Endorphins. Endorphins adalah neurotransmitter yang dihasilkan oleh badan dan bertindak sebagai “painkiller” di dalam tubuh manusia. Ia menghasilkan kesan “kegembiraan” di dalam diri seseorang individu. Endorhpin sangat berkait rapat bagi seseorang yang mementingkan senaman setiap hari. •Meditasi merendahkan hormone Kartisol. Kartisol adalah hormone yang dihasilkan jika seseorang individu mengalami stress atau tekanan. Smakin kuat kadar tekana pada diri seseorang individu makin banyak kadar kartisol dirembeskan. Kartiso akan merosakkan sel-sel didalam otak dan membunuh banyak sel penting otak. Ia mempercepatkan penuaaan didalam otak dan melemahkan otak mansia. Kartisol danyak dijumpai di dalam tubuh seorang pesakit jantung, darah tinggi deabetis, stress kronik, stroke dan banyak lagi maslah kesihatan yang lain. Kartisol juga adalah penyebab utama maslah kelemahan ingatan/memori masalah pembelajaran.

•Meditasi meningkatkan kadar neurostrasmitter GABA ((gamma aminobutyric acid). GABA adalah neurotransmitter penting di dalam system nervous otak. Ia mempunyai kaitan penting dalam memstabilan masalah gangguan mood/emosi. Kerungsingan, tekanan (stress), insomnia dan sawan adalah antara faktor kegagalan otak menghasilkan tahap GABA yang mencukupi.Dan banyak lagi…..(ini baru cerita bab kesan pada otak)

“Computer’s Mind” vs “Human’s Mind”

Komputer dicipta berdasarkan “model” (baca : meniru) otak kiri manusia iaitu mempunyai kemampuan Kecerdasan Intelek (IQ). Seperti mengira, membaca, menganalisa, logik dan sebagainya (sila rujuk di artikel ini untuk lebih lanjut). Pakar-pakar komputer terus mencuba untuk meniru lebih banyak kemampuan otak kiri atau kecerdasan IQ manusia untuk meningkatkan lagi kemampuan dan keupayaan prestasi sebuah komputer supaya menyerupai kepintaran otak intelek manusia.

Bagaimanapun hebat sebuah komputer, ia hanya boleh berfungsi seperti otak kiri iaitu mempunyai kecerdasan intelek sahaja. Hari ini, para saintis mula memikirkan tentang kekurangan yang dimiliki oleh sebuah komputer iaitu Kecerdasan Emosi (EQ) dan Kecerdasan Spiritual (SQ). Para pencipta robot (sebuah komputer sebenarnya-Artificial Intelligence Robot) sedang memikirkan bagaimana mahu meniru kemampuan kecerdasan emosi manusia (mereka belum memikirkan tentang kecerdasan spiritual-mungkin lebih sukar). Di Jepun, walaupun sudah maju dalam teknologi robot semenjak tahun 80an lagi, mereka masih gagal mencipta sebuah komputer (baca: robot) yang mampu mengolah dan menghasilkan emosi (walau diberitakan baru-baru ini ada robot yang sudah mempunyai sedikit emosi- sila rujuk berita dibawah – Emotional extended Intellegence).

Sebenarnya, inilah contoh perbezaan antara manusia dan komputer. Ada perbezaan besar keduanya. Selain mempunyai IQ, manusia sebenarnya mempunya “sifat kemanusiaan” atau saya sebut “minda kemanusiaan” (untuk membandingkan dengan komputer). Tetapi apakah itu “sifat kemanusiaan” tersebut?

Ya…manusia mempunyai EQ dan SQ TETAPI manusia masih belum mampu mencipta kecerdasan tersebut pada komputer. Pada artikel yang lepas saya ada menyebut yang IQ adalah pada otak kiri manakala EQ adalah pada Otak kanan. Pendapat ahli saikologi mengatakan SQ juga lebih pada otak kanan (ini masih dalam kajian).

Di sini jelas, manusia masih belum dapat mencipta kemampuan yang mendekati kebolehan otak kanan (kemampuan minda separa sedar). Kerana itu robot yang manusia cipta tidak mempunyai kecerdasan emosi.

Selepas evolusi kecerdasan intelek berlaku, semua system penddidikan mula menggunakan pengukuran IQ sebagai alat ukur untuk kecemerlangan. Akhirnya manusia sudah menjadi seperti sebuah robot atau komputer yang semakin hilang “sifat kemanusiaan”nya.

Mampukan manusia mencipta kecerdasan emosi yang merupakan kemampuan manusia pada masa akan datiag? Dan mampukan manusia menghasilkan “God Spot” tempat yang dikatakan terletaknya SQ di dalam otak manusia?

Wa allahu Alam…



Nota:-



News: Japanese team develop robot that conveys emotion



Meet Kansei, this robot is designed to express emotion to keywords supplied by his creators at Meiji University in Japan. Kansei can express love and fear and his developers claim he will help future robots communicate with us emotional meat bags. All it really means is that when the inevitable uprising occurs the robots will finally be able to express the disdain they feel as they make us obsolete.

“Momok”

Mungkin kita biasa mendengar ayat seperti dinyatakan di atas digunakan oleh ibubapa untuk “menakut-nakutkan” anak kecil mereka. Tujuannya samada untuk mengelakkan anak kecil tersebut melakukan pekara yang mereka tidak diingini atau menghalang anak kecil mereka pergi ke suatu tempat yang merbahaya.

Kerana anak kecil tidak tahu berfikir, mereka akan menerima “ayat” atau “kepercayaan” yang disebut berulang-ulang kali itu hingga anak kecil tersebut takut mendengar perkataan “momok”. Samada mereka ketakutan setiap kali disebut perkataan “momok” atau mereka lari ke arah ibubapa mereka.

Bagaimanapun apabila anak kecil itu semakin membesar, “kesan” perkataan momok akan semakin hilang kerana kesedaran logik dan memahami yang ayat tersebut hanya sekadar satu “helah” oleh ibubapa mereka untuk menakut-nakutkan mereka semasa kecil.

Tetapi apabila kita sekolah, kepercayaan atau “momok” yang baru pula muncul. Yang paling kerap dimomokkan adalah “matapelajar matematik memang susah lah” atau “matapelajaran sains memang sukar untuk lulus”. Ini momokan yang selalu diulang-ulang dalam masyarakat orang dan pelajar Melayu. Momokkan ini sangat popular sekitar tahun-tahun 80an. Bagaimanapun pendedahan dan semakin banyak pelajar melayu yang mula berjaya dan mendapat keputusan yang baik di dalam matapelajar tersebut, orang melayu mula sedar bahawa kepercayaan tersebut hanyalah satu “momokkan” untuk orang melayu itu sendiri. Ia hanya sekadar satu PERSEPSI yang salah tentang kemampuan atau POTENSI DIRI seseorang individu.

Apabila tamat persekolahan, muncul momokkan baru lagi.



“Eh..kau nak berniaga Mar?..engkau nak mampus rugi?..belajar tinggi-tinggi baik engkau kerja je. Dapat gaji tetap lagi”.

Melayu dimomokkan dengan kepercayaan bahawa “orang melayu tidak boleh berniaga” dan “orang melayu tidak ada bakat berniaga”. Peniaga melayu menjadi “ketakutan” apabila memasuki satu-satu perniagaan (seperti kanak-kanak kecil yang lari ketakutan apabila disebut nama “momok’ tadi). Bagaimana peniaga melayu mahu berjaya dalam perniagaan?

Bagaimanapun, selepas seorang demi seorang usahawan melayu berjaya dan mula membuktikan kejayaan dalam dunia perniagaan, momokkan ini semakin pudar. Orang melayu baru sedar, sebenarnya perniagaan itu merupakan satu kemahiran. Ia boleh dipelajari dan tidak “dipatenkan” hanya untuk sesuatu kaum sahaja. Ia hanya satu PERSEPSI minda dan momokan yang dibuat-buat sahaja (mungkin oleh penjajah British masa zaman penjajahan dahulu supaya orang melayu hanya menumpukan pada pertanian sahaja) .

Maka..apa sebenarnya yang ingin saya kongsikan? …Ya..di dalam minda atau pemikiran seseorang individu itu tersimpan ratusan hingga ribuan PERSEPSI yang telah menjadi “momok” menghantui dan menjadi penghalang kejayaan dan kemampuan potensi yang kita miliki. Jika semasa kita kecil momok yang ibubapa sebutkan itu mempunyai tujuan yang tertentu, begitu juga tentang “matematik dan sains sebagai matepelajaran yang susah” juga hanya satu momokkan yang mungkin punya tujuan yang tertentu untuk melemahkan orang melayu. Begitu juga dalam bidang perniagaan. Mungkin ada tujuannya atau mungkin persepsi orang dahulu yang selalu gagal dalam bidang tersebut. Tetapi apa yang kita kena ketahui adalah ia hanyalah satu PERSEPSI minda yang salah.

Dan samada anda sedar ataupun tidak, terdapat pelbagai lagi PERSEPSI yang salah telah menjadi pengahalang kejayaan seseorang individu. Baik dalam bidang pendidikan, perniagaan, kewangan, kesihatan, pembangunan diri dan sebagainya. “Momokan” ini sebenarnya hanya satu “khayalan” menghuni di dalam minda kita. Kita yang menjadikannya satu realiti dan “hidup” dalam kehidupan kita . Makin kita sedar, makin kita tahu samada momokkan itu benar atau hanya “mainan” orang dahulu yang hanya menghalang kemajuan potensi yang kita miliki. Malahan kita akan ketawa dan tidak percaya bahawa “momokkan” begini boleh menghalang kejayaan kita.



Kerana itu kita kena mengenali dan mengetahui apakah yang berada di dalam minda kita supaya jangan kita gagal akibat “momokan” yang hanya ilusi dan khayalan itu. Bentuk suatu kesedaran minda/mindset yang positif tentang suatu pekara yang ingin kita lakukan supaya kita lebih mudah berjaya.



Amar Mahmood







“Hypnosis Effect” di dalam filem Bollywood

Tahukah anda, kenapa filem Bollywood cukup “digilai” semenjak dahulu lagi?



Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda beberapa sebab dari sudut penerangan yang berkaitan dengan Seni Hipnosis dan Sains Minda yang dapat memberi jawapan yang signifikan berkaitan soalan di atas.



Melalui artikel yang lepas, kita sudah mengetahui bahawa otak manusia terbahagi kepada dua (2) bahagian iaitu otak kiri dan otak kanan. Secara mudahnya, otak kiri adalah “Thinking Brain-Rational Mind” atau “otak yang digunakan untuk berfikir” (rujuk semula artikel berikut: “Computer Mind vs Human Mind”, “Emotional Mind & Rational Mind”, Otak Kiri-Otak Kanan Part 1 & Part 2). Manakala otak kanan pula dilabel sebagai “Feeling Brain-Emotional mind” atau “otak yang digunakan untuk perasaaan atau merasai emosi“. Malahan dalam ilmu Kuasa Minda dan Hipnosis, otak kiri disebut sebagai otak kepada Minda Sedar manakala otak kanan sebagai pintu kepada kekuatan Minda Separa Sedar.



In some studies, EEGs from subjects under hypnosis showed a boost in the lower frequency waves associated with dreaming and sleep, and a drop in the higher frequency waves associated with full wakefulness. Brain-wave information is not a definitive indicator of how the mind is operating, but this pattern does fit the hypothesis that the conscious mind backs off during hypnosis and the subconscious mind takes a more active role.

Researchers have also studied patterns in the brain’s cerebral cortex that occur during hypnosis. In these studies, hypnotic subjects showed reduced activity in the left hemisphere of the cerebral cortex, while activity in the right hemisphere often increased. A decrease in left-hemisphere activity fits with the hypothesis that hypnosis subdues the conscious mind’s inhibitory influence. Conversely, an increase in right-brain activity supports the idea that the creative, impulsive subconscious mind takes the reigns.



http://science.howstuffworks.com/



Jika kita rajin membuat kajian tentang filem-filem terbitan Bollywood, kita dapat melihat persamaan beberapa elemen penting yang dimiliki oleh hampir kebanyakkan filem Bollywood yang popular. Filem-filem tersebut akan menggunakan secara meluas elemen-elemen muzik, emosi, warna, visual dan imaginasi (latar belakang lakonan yang menarik dan mempunyai impak pada minda. Contoh: pengunungan, di tepi laut, bukit, dan sumber alam semulajadi) . Ini semua akan mengaktifkan komponen-komponen tertentu pada otak kanan. Walaupun kebanyakan filem bollywood tidak banyak berpandukan pada logik (tidak logik-otak kanan-menari sekejap dekat gunung, sekejap lagi dekat Bandar) ia tetap boleh diterima oleh kebanyakan penontonnya.



Filem bollywood juga tidak banyak membuatkan penonton berfikir (thinking brain-otak kiri) sebaliknya filem mereka banyak menggunakan EMOSI (mimik muka & bahasa yang digunakan memgandungi elemen emosi yang tinggi-contoh:-cinta, sedih, gembira, bahagia dan macam-macm lagi-ini semua elemen otak kanan).



Seperti yang saya terangkan sebelum ini, otak kiri adalah minda sedar yang menggunakan banyak gelombang beta. Manakala otak kanan adalah sangat signifikan menggunakan gelombang alpha iaitu kreativiti, imaginasi dan relaxasasi.



Maka tidak hairan, kenapa filem bollywood mempunyai DAYA PENGARUH (PERSUASIVE POWER-@daya pukau) yang tinggi hingga ramai yang sanggup menonton dalam tempoh yang panjang. Malahan ramai wanita yang mudah mengalirkan air mata kerana filem tersebut (wanita mudah menggunakan otak kanan-lebih cerdas emosi berbanding lelaki).



Sebab utamanya secara TIDAK SEDAR penonton filem Bollywood ini telah DIHIPNOTIS. Di samping itu, pengaktifan pada komponen otak kanan juga telah merangsang perasaan relax, tenang dan gembira kesan pengaruh gelombang alpha @ “HYPNOSIS EFFECT” semasa menonton filem tersebut.



Di Malaysia, filem-filem P.Ramlee juga menggunakan elemen lagu dan emosi dalam setiap karya beliau. Setiap filem mempunyai lagu-lagu filem (Soundtrack) yang telah di “anchor”kan untuk menyentuh emosi penonton. Cuba lihat semula filem-filem P Ramlee yang setiapnya PASTI mempunyai lagu-lagu yang akan membawa nostalgia pada filem tersebut.



Bagaimana dengan filem melayu hari ini?



AMAR MAHMOOD

Adakah Barack Obama seorang pakar hipnosis?

Saya tidak tahu di manakah level pemahaman masyarakat Malaysia tentang HIPNOSIS. Saya pernah menulis beberapa artikel tentang hipnosis di blog ini sebagai bahan bacaan buat mereka yang meminati aliran ini. Mungkin artikel yang saya tulis agak ke depan kerana dari penelitian saya memang ramai yang tidak faham secara jelas bagaimana hipnosis digunakan (sila rujuk artikel ini).



Dari beberapa survey yang pernah saya lakukan di kalangan ahli kursus dan rakan-rakan, saya dapati hipnosis hanya di”kurung”kan dalam bentuk “pukau orang” dan “mengenakan orang”. Saya memang peminat tegar hipnosis. Dan saya juga pengkaji tegar tentang hipnosis. Saya mengkaji subjek ini kerana ia adalah satu kajian dalam bidang yang saya minati iatu SAINS MINDA. Ia bercakap tentang MINDA SEDAR dan MINDA SEPARA SEDAR. Cuma saya jarang menulis di blog tentang subjek ini. Pendapat saya mempelajari hipnosis adalah satu “added value” dalam banyak bidang terutama yang terlibat dalam KOMUNIKASI dan HUBUNGAN. Tidak apa..Insya Allah nanti kita akan berkongsi dengan lebih panjang tentang hipnosis.







Okay..ceritanya begini. Di Amerika pernah “ribut” sebentar di kalangan ahli strategis politik dan pakar komunikasi yang membahaskan tentang isu Barack Obama yang menggunakan teknik hipnosis dan juga NLP dalam ucapan dan cara beliau berinteriksi dengan pengundinya. Obama seorang pemidato (Orator) hebat. Beliau menjadi ikon dan idola baru penduduk dunia terutamanya orang muda.



Pakar strategis yang mengkaji tentang gaya Obama dan fenomema yang dibawanya mendapati Obama menggunakan secara menyeluruh teknik dan gaya covert hypnosis atau conversional hypnosis iaitu cabang-cabang dalam hipnosis yang digunakan untuk MEMPENGARUHI SESEORANG TANPA DISEDARI. Aliran ini adalah berasaskan teknik Erikson Model-teknik yang dipelopori oleh Dr Milton Erickson iaitu yang dikenali sebagai “Bapa Hipnosis Moden”. Satu ebook khusus telah diterbitkan yang menyerang Obama tentang penggunaan teknik ini telah disebarkan secara percuma di dalam internet.



Di sebalik ucapan yang beliau gunakan, tersembunyi “hypnosis effect” yang diterima kepada pendengar tanpa disedari oleh mereka. Ini bermakna mereka yang menggunakan teknik ini meletakkan pendengar dalam keadaaan “hypnotic state” tanpa sedari oleh mereka. Melalui cara ini, mereka secara mudah akan menghantar perintah (command) atau “message” ke dalam minda separa sedar pendengar atau pembaca. Amat sukar untuk mengesan elemen ini bagi orang yang tidak terlatih dalam subjek ini. Kerana itu HANYA pakar-pakar hipnosis dan mereka yang mengenali hipnosis sahaja akan dapat melihat kemunculan elemen-elemen tersebut dalam ucapan Obama. Kajian menunjukkan, adalah tidak mungkin Obama menggunakan hipnosis tersebut SECARA TIDAK SENGAJA. Ini kerana terdapat gaya-gaya penggunaan teknik hipnosis secara tepat dan profesional di dalam ucapan beliau. Sama ada beliau seorang pengamal terlatih hypnosis dan NLP atau ucapan beliau telah ditulis oleh pakar hipnosis tidak diketahui. Pakar strategis politik Amerika masih membahaskan dari sudut etika samada amalan ini berbentuk MANIPULASI halus kepada pengundi Amerika.



Saya berpendapat, hipnosis adalah adalah satu faktor “tambahan” kepada sesiapa yang tahu menggunakannya. Malahan di dalam dunia persaingan moden, hipnosis akan menjadi faktor menolak seseorang individu kedepan berbanding merkea yang tidak menggunakannya. Saya ada menulis bagaimana seorang pemidato yang diakui di Malaysia mempunyai ciri-ciri yang banyak gaya hipnosis. (sila klik di sini untuk pembacaan). Sebenarnya kebanyakan individu yang hebat berucap, hebat menulis, hebat menjual dan kebanyakan yang terlibat dalam bentuk komunikasi menpunyai elemen hipnosis untuk mempengaruhi orang yang ditujukan. Samda mereka sedar datau tidak semasa mereka meggunakannya..wallahu’alam.



Jadi terpulang pada anda . Samada ingin mempelajarinya ataupun tidak.



AMAR MAHMOOD

Kenali dan “Galilah” POTENSI DIRI Anda

Salah satu topik yang paling banyak ditanya oleh pembaca blog ini adalah tentang Kekuatan Minda atau biasanya kita panggil Kuasa Minda. Baik dari segi apa itu Kuasa Minda hingga kepada bagaimana mahu menggunakan kaedah dan teknik Kuasa Minda yang betul. Sebenarnya, Jika saya mahu menarik lebih ramai pembaca ke blog ini, salah satu caranya adalah dengan memperbanyakkan lagi artikel yang menceritakan subjek ini.



Tetapi saya sengaja memilih untuk menulis subjek lain yang saya lihat sering kali dilupakan TETAPI merupakan elemen-elemen penting di dalam bidang pembangunan diri. Sudah ada beberapa blog lain yang menulis tentang kuasa minda. Tetapi jika kita hanya menumpukan tentang kekuatan minda sahaja, saya khuatir potensi diri manusia yang lain akan dilupakan atau diabaikan. Ini tidak bermaksud bahawa saya menganggap kuasa minda itu tidak penting atau kurang berkesan TETAPI saya ingin membawa skop POTENSI MINDA dan KEKUATAN MINDA ini dalam lingkungan persepsi yang lebih luas di kalangan pembaca, peminat dan pengamal subjek ini.



“Tidak ada yang amat baik telah dicapai kecuali mereka yang berani dan percaya bahawa ADA SESUATU DI DALAMNYA adalah lebih baik daripada keadaan persekitarannya.”-Bruce Barton



Sebenarnya, potensi yang dimiliki oleh manusia itu adalah sangat besar. Ia tidak terhad atau terbatas hanya pada kekuatan minda sahaja. Kerana itu saya lebih suka menulis pelbagai subjek yang berkaitan dengan potensi dan kemampuan yang dimiliki oleh manusia. Bukan sekadar kuasa minda. Jika kita mempelajari kuasa minda tetapi tidak tahu bagaimana potensi diri seperti Kuasa Emosi dan Kuasa Kerohanian kita boleh memberi impak pada diri, kebarangkaliannya kuasa atau tenaga yang anda pancarkan melalui minda anda akan terganggu dengan tenaga emosi atau tenaga kerohanian yang anda hasilkan.



Kerana itu saya selalu menekankan pembangunan yang SEIMBANG dan HOLISTIK di dalam kita menjana kemampuan dan kekuatan dalaman kita. Saya berpendapat, memperkasakan potensi diri yang kita miliki secara menyeluruh akan memberi kesan yang lebih cepat dan berkesan kepada perubahan diri seseorang individu.



Maka, kita balik semula pada minda kita. Apa yang ingin saya tegaskan adalah manusia mempunyai kepelbagaian potensi yang saling berkait. Memang manusia kejadian Allah swt yang amat kompleks dan misteri penciptaanya. Maka, setiap apa yang kita pelajari dan kita amalkan akan meningkatkan potensi diri kita sebagai seorang insan di muka bumi ini. Kualiti kehidupan kita akan semakin baik.



Bayangkan bagaimana kehidupan anda akan berubah apabila anda tahu bagaimana anda mahu meyelarasan tenaga yang anda pancarkan didalam minda anda dengan tenaga keinginan (impian) anda. Bayangkan bagaimana anda tahu apakah kepercayaan atau mindset yang menjadi penghalang kepada kejayaan anda dan apakah kepercayaan yang akan mendorong dan menyokong keinginan di dalam kehidupan anda. Bayangkan juga bagaimana anda menjalani kehidupan anda dengan lebih ceria dan gembira apabila anda tahu bagaimana mengendalikan dan menjana kuasa emosi diri anda?



Allah swt telah sediakan alat dan “senjata” yang cukup untuk manusia berjaya di dalam kehidupannya. CUMA…manusia perlu mengali dan mengenali apakah alat dan “senjata” yang telah disediakan untuk mereka. Rugilah anda jika anda telah mempunyai perisai dan sebilah parang untuk mempertahankan diri bila diserang seekor serigala TETAPI anda tidak mahu atau tidak tahu menggunakannya?



Ia samalah situasi yang anda alami di dalam kehidupan anda yang sebenarnya. Adakah anda hanya mahu menyimpan sahaja alat-alat atau “gadget-gadget” hebat yang telah Allah swt sediakan khas HANYA untuk manusia supaya mereka hidup dengan makmur di muka bumi ini?



“Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya.”

(Surah Huud 11:61)



Sudah tentu kita kadang kala akan melalui sedikit kesusahan..kadang kala melimpah kemewahannya..kadang kala sedikit kecewa dan ada masanya gembira ceria sepanjang masa. Ini semua memang ada hikmahnya. Tetapi kita juga telah disediakan cara dan kaedah begaimana kita mengendalikan situasi kehidupan kita. Yang penting ingin saya tegaskan adalah kenali diri kita dan anda akan tahu betapa Allah itu Maha Besar. Tidak ada yang mistik keran setiap itu ada penjelasannya. Hanya kita mengetahuinya atau belum diizinkan oleh-Nya.



Seperti anda, saya juga berharap kita semua mencapai kehidupan yang sukses dan bahagia di dunia ini.



Salam Kemakmuran..

Amar Mahmood

5 Tips Mudah Meningkatkan Potensi Otak dan Minda

1. Jika anda banyak menggunakan tangan kanan untuk menulis dan melakukan sesuatu kerja, cubalah sesekali menulis atau menggunakan pula tangan kiri anda. Atau anda memperbanyakan pergerakan jari-jemari tangan kiri anda. Ini untuk meningkatkan penggunaan kedua-dua belah otak.

2. Jika anda seorang yang banyak mengira, berfikir dalam membuat analisis, menulis repot, dan berfikir. Cuba gunakan teknik visualisasi setiap kali sebelum tidur. Cuba bayangkan suasana di tepi laut, di dalam hutan yang penuh dengan kehijauan atau bayangkan sausana kesegaran aliran air terjun di tempat yang pernah anda lawati. Atau paling mudah, gambarkan lukisan-lukisan yang berwarna warni atau pemandangan. Ia meningkatkan penggunaan kedua-dua belah otak.

3. Jika anda tidak begitu meminati lagu atau irama, cuba ambil sedikit masa untuk menikmati lagu-lagu yang boleh menenangkan fikiran anda. Tidak kira apa jenis lagu tetapi sebaik-baiknya lagu yang mempunyai tempo yang lembut dan pelahan. Sebaiknya lagu yang tidak terlalu menggunakan “gadget” digital. Cari muzik yang banyak menggunakan alat muzik yang lebih alami atau natural seperti gitar akaustik, sitar, gabus, piano, violin, flute, gendang, atau sekarang banyak album munajat yang telah digabungkan dengan elemen alam seperti bunyi burung, ombak, angin dan sebaginya. Ini akan meningkatkan komposisi kedua-dua otak.

4. Membaca. Ya… membaca meningkatkan potensi minda. Tetapi cuba cari bahan bacaan yang positif dan berilmu. Ini akan mengerakkan minda yang statik, menjadikan fikiran lebih dinamik dan otak lebih kreatif. Jika tidak suka membaca, anda boleh mendengar ceramah ilmu baik di TV atau di masjid. Sekurangnya, otak akan diajar untuk berfikir dan seterusnya menjana kemampuan otak. Paling mudah mendengar ceramah atau tazkirah ilmu di masjid atau surau.



5. Bersenam atau bersukan (jogging) setiap petang atau awal pagi. Terbukti bersenam akan stimulasikan penghasilan pertumbuhan sesaraf otak dan menghasilkan sel otak baru. Bersenam juga meningkatkan pengeluaran hormon Endorphin yang boleh memberikan ketenangan. Kerana itu di dalam setiap bangsa dan masyarakat dunia mempunyai senaman mereka sendiri iaitu India dengan Yoga, Cina dengan Tai chi, Melayu dengan senam dan silat melayunya dan banyak lagi. Malahan di dalam Islam, solat mempunyai khusus elemen senam fizikal untuk kesihatan.

Surat Pembaca : SUBLIMINAL

Saya ingin mengetahui tentang CD Subliminal dan teknologi gelombang bunyian alam @ muzik . Apa pendapat tuan tentang penggunaan teknologi tersebut? Adakah terdapat di Malaysia CD tersebut?

Subliminal Message adalah dibangunkan dari teknologi gelombang bunyi atau “brainwave”. Asalnya bermula dengan mengguna muzik sebagai terapi. Kaedah ini dikembangkan dengan membangunkan pula teknologi frekuansi pada otak. Mengikut kajian pakar neurologi, pada tahap gelombang frekuansi tertentu, ia akan mempengaruhi gelombang minda seseorang individu. Justeru, pendekatan muzik dan frekuansi telah disatukan untuk mendapatkan tahap gelombang minda yang tertentu pada otak seperti gelombang Alpha, Theta mahupun Delta. Selalunya teknologi ini dipanggil Bianural Beat dengan juga mempunyai beberapa lagi jenis teknologi dan garapan yang sedikit berbeza.



Melalui kaedah inilah muncul pula kaedah Subliminal Message. Iaitu kaedah brainwave yang saya sebutkan di atas tetapi telah di “embedded” atau “dimasukkan secara tersembunyi” ke dalam muzik tersebut dengan message yang tertentu atau ayat-ayat tertentu untuk tujuan yang pelbagai iaitu dari memprogramkan mindset hingga kepada manipulasi kepada individu yang ditujukan.



Subliminal Message memang sangat popular di barat terutamanya di bidang pembangunan diri dan pengiklanan. Tetapi di Malaysia ia masih kurang dikenali. Kebanyakan yang kerap menggunakan kaedah ini hanyalah dari bidang pengiklanan.



Di Malaysia, kita tidak ada syarikat yang mengeluarkan teknologi ini. Hanya sebuah syarikat yang menjadi pengedar dari syarikat luar Negara. Masalahnya, subliminal messagenya menggunakan bahasa Ingggeris yang masih menjadi perbincangan pada para pengkaji teknologi ini tentang kebekesanan pada individu yang bukan menggunakan bahasa ini sebagai medium utama. Hanya terdapat beberapa individu tertentu sahaja yang mengeluarkan CD Subliminal ini dalam bentuk yang kecil.



Subliminal Message (terutama yang menggunakan secara besar kaedah frekuansi) tidak boleh digunakan pada individu yang tertentu kerana ia memberi kesan terus kepada gelombang otak individu tersebut. Ia tidak boleh digunakan oleh perempuan mengandung, individu yang mempunyai sawan atau masalah neurologi, individu yang memakai pacemaker, dan beberapa pekara yang lain. SILA KETAHUI SECARA MENDALAM TENTANG TEKNOLOGI INI SEBELUM MENGGUNAKANNYA.



Keberkesanan..? Macam makan ubat, ada yang memberikan kesan positif dan ada kurang berkesan. Ia bergantung pada isu yang ingin digunakan dan cara penggunakannya. Ia juga bergantung kepada apakah message yang dimasukkan. Jika ia ditulis bukan dari mereka yang memahami bidang sains minda dan pembangunan Minda, ia boleh memberikan kesan negatif kepada individu tersebut. (ia ibarat kita sedang me-reset manual mesin utama individu tersebut).sebaiknya dapatkan CD Subliminal ini dari mereka yang mempunyai pengetahui tentang NLP dan Hipnosis ataupun mereka yang berpengalaman dalam bidang Sains Minda. Ini kerana teknologi Subliminal ini meniru kaedah Self hypnosis dan Hetero Hypnosis. Ia ibarat anda menggunakan khidmat seorang Hipnoterapis untuk mengatasi masalah yang anda hadapi. Cuma anda gantikan CD Subliminal tersebut dengan seorang Hipnoterapis.



Pada saya ia masih satu alternatif yang patut dicuba jika anda mendapat peluang dari mereka yang sepatutnya. Saya sendiri kerap menggunakan teknologi ini untuk pelbagai tujuan.

Saikologi Untuk Berjaya: KUASA IMAJINASI

Sepanjang pengalaman saya mengenal dan mendalami mereka yang berjaya di dalam kehidupan, kebanyakan mereka mempunyai satu ciri penting yang menyebabkan mereka mencapai sesuatu yang tidak difikirkan oleh orang lain. Atau mereka mencapai sesuatu yang lebih besar dari orang lain.



Ciri tersebut adalah BERIMAJINASI dan BERMIMPI.



Bermimpi ibarat “adik-beradik” dengan matlamat. Cuma matlamat lebih jelas, logik dan konkrit berbanding bermimpi atau berimpian. Tetapi, bermimpi dan berimajinasi akan membesarkan keinginan anda, meluaskan ruag lingkup pemikiran anda dan seterusnya meningkatkan KEMAMPUAN dan POTENSI DIRI anda.



Orville dan Wilbur Wright berimajinasi bagaimana manusia mempunyai sayap untuk terbang sebelum mencipta kapal terbang. Graham Bell selalu membayangkan bagaimana seorang individu boleh bercakap dengan individu yang lain sejauh ratusan kilometer sebelum mencipta telepon. Seorang arketik perlu meimajinasikan bentuk dan struktur rumah atau sebuah bangunan yang ingin dibina sebelum arketik tersebut dapat melukiskan dan menterjemahkannya ke atas sehelai kertas. Malahan ramai atlet-atlet dunia menggunakan kuasa imajinasi mereka untuk meningkatkan kemampuan dan prestasi mereka.



Imajinasi adalah bahasa minda. Imajinasi menjadikan otak semakin kreatif. Apa yang anda imajinasikan atau gambarkan di dalam minda anda akan memaksa minda separa sedar anda menjalankan kerja untuk mnrealisasikan gambaran-gambaran yang anda hantarkan tersebut. Makin kerap anda membina imajinasi anda, makin kreatif dan makin kuat POTENSI KEKUATAN MINDA anda.



Jutaan orang yang berjaya membina kejayaan mereka dengan menggunakan potensi dan kuasa imajinasi mereka. Tetapi…imajinasi ada cara dan seninya. Kita perlu belajar dan memahami bagaimana membina daya imajinasi yang kuat dan mampu berkerja untuk diri kita.

Kuasa Imajinasi Dan Kreativiti

Imajinasi adalah alat dalam menjana kreativiti seseorang individu. Seorang yang kreatif menggunakan imajinasi dalam meningkatkan daya kreatif mereka. Imajinasi dan kreatifiviti duduk di sebelah Otak Kanan. Kanak-kanak merupakan model terbaik di dalam mengapplikasikan imajinasi di dalam hidup mereka.




Imajinasi dan kreativiti yang besar menolak kerasionalan dan logik. Kanak-kanak yang belum mempunyai daya rasional (kerana banyak menggunakan minda emosi atau otak kanan) selalu berfikir yang besar-besar, yang pelik-pelik dan di luar rangka pemikiran orang dewasa. Mereka bermain pondok-pondok dengan menjadikan alat-alat di rumah sebagai bahan permainan mereka. Mereka mencipta pekakas permainan mereka hanya berasaskan kertas, kotak, pinggan dan apa sahaja bahan yang mereka miliki semasa itu. Mereka berlagak menjadi seorang pemandu F1 dan Jet Star Wars semasa bermain dengan rakan-rakan meeka. Orang dewasa akan ketawa apabila mellihat lagak dan aksi si kecil kerana si kecil menolak logik. Tetapi ramai lupa si dewasa sebenarnya dikekang dengan ego kerasionalan dan kelogikan.



Kerana itu di dalam prinsip Brainstorming, pekara pertama semasa memulakan sesi tersebut adalah menolak isu logik. Kerana logik akan membunuh kreativiti. Kerana logik akan menghalang lahirnya idea yang luar biasa dan unik. Kerana itu ibubapa jangan menghalang dan mentertawakan kreativiti si kecil. Ini akan menghalang DAYA KREATIF dan POTENSI MINDA mereka.



Seorang Novelis dan Pereka Feksyen menggunakan daya kreativiti dalam melahirkan karya mereka. Penulis komik “Pendekar Alam Semesta” juga menggunakan daya kreativiti. Daya kreatif yang bagus adalah menjangkau luar sempadan kemampuan minda. Biarkan otak bekerja mengarahkan Minda Separa Sedar menghasilkan kelogikan dan kerasionalan. Tanpa kreativiti tidak wujud filem sehebat Star Wars. Jika logik jadi panduan, JK Rowling tidak akan menjadi jutawan dengan cerita Harry Potternya.



Kerana itu imajinasi dan kreativiti sangat penting untuk menjana kemampuan minda. Imajinasi dan kreativiti sangat penting dalam merealisasikan matlamat dan impian. Indvividu yang menggunakana imajinasi dan kreatifiti dalam perjalanan mencapai matlamat lebih mudah dan lebih cepat berjaya berbanding mereka yang hanya menggunakan logik. Ini kerana imajinasi juga menghasilkan dan menjana KUASA.



Kuasa apa…? Kuasa Minda Separa Sedar.



Tanpa imajinasi , manusia telah mengabaikan satu potensi hebat yang sudah ada di dalam diri mereka.

Motivasi dan Perubahan Diri…sekadar satu PERSEPSI

Motivasi adalah satu dorongan saikologi yang menghalakan seseorang ke arah suatu tujuan atau keinginan. Motivasi membangkitkan semangat di dalam diri individu, emosi lebih terarah, dan meningkatkan tingkahlaku positif diri individu tersebut. Motivasi menjadi dorongan (driving force) terhadap seseorang agar mahu melaksanakan sesuatu atau melakukan tindakan.



Motivasi yang ada pada setiap orang tidaklah sama, berbeza-beza antara yang satu dengan yang lain. Untuk itu, diperlukan pengetahuan mengenai pengertian dan hakikat motivasi, serta kemampuan teknik menciptakan situasi sehingga menimbulkan motivasi/dorongan bagi mereka untuk berbuat atau bertindak sesuai dengan apa yang dikehendakinya.



Motivasi merupakan kata yang sangat popular disebut di dalam bidang pembangunan diri. Baik di buku-buku popular, seminar-seminar atau di kursus-kursus perniagaan dan korporat. Apa sebenarnya motivasi itu, dari mana dan kenapa perlu motivasi terutama dalam pengembangan diri? Bila anda mempunyai keinginan, maka anda perlu motivasi untuk memanifestasi keinginan tersebut.

“Saya bermotivasi tinggi untuk memperbaiki diri sendiri” adalah contoh kalimat yang digunakan untuk menaikkan motivasi pada diri kita sendiri.



Melalui pengalaman saya, motivasi muncul dari dua cara. Pertama adalah “Outside-In” dan satu lagi adalah “Inside-Out”. Atau dalam pergertian mudahnya, ada motivasi muncul kerana dari kesan luaran seperti mendengar ucapan, ceramah, filem, lagu, bahan bacaan dan juga perubahan fisiologi seseorang. Manakala satu lagi adalah dari dalam diri seseorang individu itu sendiri. Ini biasanya motivasi dalaman yang muncul dengan mengubah cara pemikiran dan persepsi kita tentang sesuatu isu atau pekara.

Ada indivdu yang memerlukan situasi dari luar untuk termotivasi dan berubah. Ada individu yang perlu sokongan pihak kedua untuk menjana motivasi dirinya. KEBANYAKAN PERUBAHAN YANG DIHASILKAN DARI LUAR SANGAT BERSIFAT SEMENTARA (beberapa hari…seminggu…dua minggu atau bernasib baik beberapa bulan). Hanya KESEDARAN YANG BESAR akan dapat mengekalkan tahap dan kadar motivasi diri individu tersebut.

Dalam pengamal kaedah Neuro Linguistic Programming atau dikenali dengan nama NLP, motivasi boleh dijana dengan menggunakan pendekatan luaran seperti perubahan fisiologi seseorang individu. Hanya mengubah bentuk mulut anda dari kurang senyum kepada lebih banyak tersenyum, ia akan mengubah serta merta “emotion state” individu tersebut. Jika anda rasa malas, cuba betulkan cara anda berjalan dan struktur dada dan kepala anda. Anda pasti akan terasa lebih ceria dan bermotivasi (Jurulatih pembangunan Diri terkenal Anthony Robbins adalah jurulatih yang paling banyak menggunakan kaedah perubahan fisiologi di samping kaedah-kaedah perubahan internal state seseorang individu).

Kerana itu dalam seminar atau ceramah bercorak motivasi, pendekatan luaran seperti tonasi dan kekuatan nada suara, pergerakan tubuh badan (aktif dan segar), penceritaan dan penampilan (pesonaliti) adalah sangat penting supaya dapat memberikan kesan motivasi dan perubahan kepada si pendengar atau peserta kursus.

Tetapi saya lebih percaya dan banyak menggunakan kaedah “Inside-Out”. Iaiatu dengan mengubah di dalam (internal state), anda akan menghasilkan satu perubahan diri yang lebih berkesan dan bertahan lama. Perubahan pemikiran dan mindset akan mengubah sikap dan tinkahlaku anda. Minda anda akan menghasilkan emosi dan perasaaan anda terhadap situasi luar. Nilai-nilai internal anda akan mengeluarkan diri external anda.

Kerana itu perubahan diri perlu dijana terus ke dalam diri seseorang individu. Tidak dinafikan kadang kala kita memerlukan seseorang untuk meningkatkan motivasi diri kita. TETAPI percayalah, anda mempunyai kemampuan untuk menjana motivasi dan perubahan diri bila anda tahu dimana tempat dan sisi yang perlu anda tumpukan. Kerana motivasi dan perubahan adalah datang dari energi pendorong yang berasal dari dalam diri kita sendiri.

Pembangunan Minda: Bagaimana Manusia Bertindak Di dalam Kehidupan Mereka?

“Many children who’ve lived with animals tend to behave like their foster parents: they walk on all fours, make the same noises as the dogs, wolves or other hosts, and can bite and be aggressive. This provides confirmation that they certainly did spend their formative years in the company of animals”.


Sumber: Feralchilden.com

Manusia adalah ‘Copycat’ yang hebat.

Pernahkah anda terfikir yang manusia adalah ‘copycat’ yang hebat. Jika anda pernah membaca buku dari Burke Hedges “Copycat Marketing 101”, anda pasti memahami kenapa manusia adalah ‘copycat’ yang hebat.

“Kanak-kanak tidak pernah boleh mengikut arahan dari orang dewasa dengan baik, tetapi mereka tidak pernah gagal meniru orang dewasa.”

-James Baldwin-



Semenjak kita dilahirkan, kita telah belajar meniru pelbagai pekara tanpa kita sedari atau tidak kita disedari. Sememangnya, meniru merupakan BAKAT yang manusia tidak pernah pelajari. Dari kecil, KITA MENIRU daripada ibubapa atau penjaga kita terutama dari segi bahasa yang dipertuturkan, bagaimana kita berjalan, bagaimana kita mengunakan tangan untuk makan dan sebagainya.

Mungkin anda pernah terbaca berita di mana kanak-kanak yang digelar ‘Wolf Children’, ‘Dog children’ atau beberapa lagi haiwan akibat mereka ‘dibesarkan’ oleh haiwan tersebut. Para psikologi mendapati mereka meniru banyak cara-cara kehidupan haiwan yang memelihara mereka. Kamala dan Amala (India-1920) dijumpai merangkak dan mengeluarkan suara seperti seekor serigala. Malahan kedua-duanya mempunyai cara pandangan dan deria hidu yang baik seperti ‘penjaga’ mereka. Begitu juga seperti Djuma (Turkmenistan-1962), Miskukov (Kanak-Kanak Anjing) dan beberapa kes yang lain. Terdapat kanak-kanak yang berjalan merupai monyet gara-gara mereka meniru “ibubapa’ mereka di hutan.



Jika sifat semulajadi manusia telah ditetapkan seperti berjalan, bertutur dan bertindakbalas adalah sama kenapa terdapat kejadian tersebut. Kenapa terdapat manusia yang mempunyai tingkahlaku seperti haiwan tersebut? Sebenarnya, ini hanya membuktikan yang manusia adalah makhluk yang hebat dalam meniru. Manusia meniru berdasarkan permerhatiaan mereka sejak dari dilahirkan lagi. Dari perhatian dengan pancaindera Minda Sedar (conscious), manusia belajar dan merekod ke dalam Minda Bawah Sedar hingga menjadi tabiat atau tingkahlaku semulajadi manusia.

Tetapi jika kita adalah seorang yang hebat meniru, kenapa kita tidak meniru bagaimana para jutawan mencipta kekayaan mereka?

Dipetik dari Buku: “RAHSIA MINDA JUTAWAN”-(Buku TERLARIS 2008 PTS Publication & 10 buku POPULAR 2008 anjuran POPULAR-Berita Harian)

NOTA : AL QUDRAH Training & Consultancy MENEKANKAN PENDEKATAN Pembangunan Minda bagi setiap kursus dan program yang dianjurkan. Bagi kami, Pembentukan mindset yang betul dan kaedah memprogram minda yang betul adalah KUNCI kepada PERUBAHAN DIRI.



NOTA TAMBAHAN:

Rochom P’ngieng – The Jungle Girl

Rochom was lost in the deep jungles of Cambodia at the age of eight. Her parents searched for her for years, but assumed she was dead. On January 13, 2007, she was found when a villager noticed his food had been stolen and caught her. Nineteen years later, 27 year old Rochom P’ngieng had been found. So far, her transition to the modern world has been difficult. She is still nocturnal, cannot speak, and refuses to wear clothes or take showers. Rochom has desired to go back to the jungle, so her parents have to keep a careful watch over her.



Kamala and Amala – The Wolf Children

Kamala was eight years-old and Amala was eighteen months in 1920 when they were found by Reverand Joseph Singh. They were living in a cave in Godamuri, India with wolves at the time. Singh took them to his orphanage and tried his best to care for the two girls.



Traian Caldarar – The Transylvanian Dog Boy

Traian ran away from home at the age of three when his mother left without him, hoping to escape an abusive husband. When she returned, little Traian was gone. In 2002, seven year-old Traian was found by a shephard. Although it was nearly four years later, the boy was still physically the same size. Experts believe there’s no way this boy survived on his own. Traian exhibited many animal-like characteristics including walking on all fours and sleeping under his bed.

Saikologi Kejayaan: :”The Art of Character Building”

Sejurus saya memberitahu bahawa saya melancarkan pusat latihan AL QUDRAH minggu lepas, saya menerima email yang bertanyakan tentang signifikan saya memasuki lapangan Pembangunan Insan yang menawarkan program yang khusus untuk pelajar dan remaja pada hal sebelum ini saya banyak mengendalikan kursus untuk orang dewasa. Kenapa tidak saya hanya mengkhusus kepada golongan atau kelompok pasaran orang dewasa?




Sebenarnya, semasa saya mengendalikan program atau kursus untuk golongan orang dewasa (kebanyakan lingkungan umur di atas 25 tahun) seperti kursus ”Mind Power”, KAMK dan program pengurusan emosi-EFT, saya mendengar dan menerima banyak isu–isu kejayaan, kegembiraan dan kemakmuran yang dibatasi oleh masalah atau isu minda dan emosi. Masalah takut gagal, rendah diri, perasaan malu/segan keterlaluan, tidak mempunyai matlamat yang jelas, trauma emosi, tekanan perasaan, emosi yang tidak stabil dan seribu satu lagi isu kehidupan yang hampir kebanyakannya dihadapai oleh peserta bukannya dihadapi atau disedari baru hari ini. Bahkan bukan baru setahun dua mereka menghadapi masalah tersebut. Kebanyakannya adalah semenjak dari mereka berusia beberapa tahun hingga ke belasan tahun umur lagi. Cuma mereka tidak tahu atau sedar BAHAWA masalah tersebutlah yang menjadi penghalang BESAR kejayaan dan kemakmuran yang mereka cari di dalam kehidupan mereka sehingga hari ini.



Selain itu semasa saya bekerja dahulu, saya berpengalaman mengendalikan ratusan sesi temuduga. Saya bertemu ratusan graduan dan lepasan persekolahan yang mencari peluang pekerjaan. Isu terbesar yang membezakan mereka yang berjaya di dalam temuduga tersebut selalunya bukan ditentukan oleh kelayakan. Tetapi selalunya ditentukan oleh “apa yang dipersembahkan” kepada kami-penemuduga. Kebanyakan “interviewee” mempunyai kelayakan dan pengalaman yang hampir sama. Tetapi faktor keyakinan, sikap dan pembawakan si “interviewee” akan menentukan kejayaan mereka. Malahan saya perhatikan perbezaan ketara ADALAH LEBIH BESAR antara calon melayu dengan calon bangsa lain terutamanya pada sikap , keyakinan atau karakter mereka terutamanya apabila menjawap soalan-soalan dari penemuduga.



Di dalam bidang saikologi kehidupan manusia, umur dari 0 hingga sekitar 12 tahun adalah SANGAT PENTING kerana berlaku pembentukan nilai-nilai penting yang akan dibawa oleh seseorang individu ke dalam kehidupan mereka. Nilai kehidupan seperti sabar, jujur, ikhlas, harga diri, disiplin diri dan banyak lagi “self-concept” yang sangat berkesan dipupuk dalam lingkungan umur tersebut. Selepas itu, nilai diri tersebut akan berkembang menjadi mindset atau kepercayaan yang lebih luas. TETAPI “core value” yang terbentuk semasa seseorang individu tersebut berumur sebelum mencecah belasan tahun adalah sangat penting (sila rujuk artikel saya sebelum ini : Pembangunan Minda: Bagaiman manusia bertindak di dalam kehidupan mereka).



Perubahan “core value” berlaku hanya apabila pertembungan kepercayaan baru yang lebih kuat dihadapi oleh individu tersebut.



Nota.



Kerana itu apabila saya membangunkan pusat latihan AL QUDRAH, saya mensasarkankan beberapa modul khusus yang didesain untuk membangunkan keperibadian atau karakter (character building) seseorang individu baik secara fizikal, mental, emosi mahupun kerohaniannya yang boleh sukses bukan sahaja semasa atau setakat akademik tetapi juga selepas mereka menceburi realiti kehidupan sebenar.Kerana itu sudah tentu program sebegini lebih baik dijuruskan kepada golongan pelajar atau remaja. Ini kerana jika dibandingkan dengan orang yang sudah dewasa, mindset atau kepercayaan yang dipegang di dalam diri mereka adakah sangat kukuh. Selain itu terlalu banyak kepercayaan-kepercayaan kecil yang menyokong “core value’ yang dimiliki oleh seseorang individu berdasarkan situasi atau pengalaman kehidupan mereka.



Kerana itu anda dapati semakin berusia seseorang individu itu,semakin sukar kita ingin mengubah sikap, karakter dan kepercayaan yang dimiliki mereka. TETAPI JIKA KITA MEMAHAMI CARA MINDA dan EMOSI berkerja…Insya Allah segalanya masih mungkin diubah dan diprogramkan semula.



Lantaran itu saya membangunkan program “AKU SUKSES” iaitu satu program yang khusus dalam membentuk keperibadian seorang yang berjaya yang saya khususkan buat sementara waktu ini kepada golongan remaja dan pelajar. Harapan saya, dengan kesedaran yang dimilik semasa menghadiri program tersebut, disamping cara dan kaedah yang betul yang mereka pelajari di dalam memprogramkan minda mereka, insaya Allah perubahan sikap dan karakter dapat diperolehi dengan lebih cepat dan mudah. Apa yang penting selepas itu mereka mengetahui apakah resepi dan kepercayaan yang perlu mereka miliki untuk menghasilkan sikap dan karakter untuk sukses.



Salam kemakmuran..



AMAR MAHMOOD

AL QUDRAH Training & Consultancy

Coach/Speaker

Bagaimana “Emotional Scars” Memberi Kesan Pada Minda Yang Sihat?

Ramai pengamal kuasa minda atau mereka yang bersungguh-sungguh mendalami tentang kekuatan dan kemampuan yang dimiliki oleh minda ingin mempunyai kekuatan minda yang optima. Mereka memperkasakan kekuatan mental mereka dengan mengamalkan pelbagai teknik dan kaedah yang popular di dalam pengamalan kuasa minda seperti affirmasi, visualisasi dan meditasi.


Di dalam mereka menguruskan dan menjana potensi diri melalui elemen kekuatan minda, ramai pengamal ini yang tidak tahu bagaimana mengurus dan menjana satu lagi kuasa potensi diri iaitu Kuasa Emosi. Emosi yang tidak sihat akan menganggu potensi minda. Emosi yang adalah “luka” akan merendahkan kemampuan minda. Malahan emosi yang negatif menghasilkan fikiran yang negatif dan seterusnya akan memancarkan tenaga atau energi yang tidak sihat pada pesekitaran tubuh badan seseorang individu.



Ramai perokok tidak sedar bahawa mereka merokok untuk menghilangkan PERASAAN seperti GEMENTAR, GUGUP, TEKANAN dan beberapa emosi negatif yang lain. Ramai penagih ALKOHOL ingin menghilangkan RASA STRES dan KEBOSANAN yang mereka lalui setiap hari dengan meminum berbotol-botol alkohol.

Orang tertekan dan kemarahan selalu menjadikan habit makan sebagai penghilang kemarahan dan tekanan yang dihadapinya. Tanpa sedar habit ini boleh memberi impak kepada kesihatan dan berat ideal tubuh badan dirinya sendiri. Malahan PERASAAN dan EMOSI takut, runsing dan marah hanya menghasilkan corak fikiran dan cara berfikir yang sangat NEGATIF.

TETAPI berapa ramai yang menguruskan dan memberi perhatian kepada EMOSI mereka?

Maxwell Maltz di dalam buku terkenal beliau “PSYCHO-CYBERNETICS” ada menyentuh dengan mendalam bagaimana MASALAH EMOSI merendahkan kemampuan dan potensi diri seorang individu.

“Anda tidak dapat melihatnya; tetapi ini sangat menyakitkan. Anda tidak boleh merasakannya; tetapi ia boleh membuat perut pedih dan jantung berdebar-debar. ‘Parut’ ini boleh menimbulkan pening kepala, perut mual, tidak boleh tidur dan gangguan lainnya.



‘Parut Emosi’ lebih dalam daripada parut fizikal dan lebih sulit dihilangkan. Parut ini menimbulkan lingkaran kemusnahan perasaan negatif yang tidak pernah berakhir, sampai Anda bertekad menyembuhkan luka tersebut”

-Maxwell Maltz-

Kecerdasan Emosi (EQ) sahaja tidak cukup untuk menguruskan emosi anda. Anda perlu tahu kaedah dan cara menguruskan emosi anda dengan betul.

Hari ini media utama melaporkan penyakit mental di Negara ini mencatatkan peningkatan jumlah individu yang mendapatkan rawatan masalah mental. Statistik menunjukkan seramai 379,010 individu mendapakan rawatan sebagai pesakit luar psikiatri di hospital kerajaan.

Kerana itu saya TEKANKAN BAHAWA emosi perlu diurus dan dikendalikan dengan betul. Setakat hanya mengenali kekuatan minda tanpa diandal dengan kekuatan dan potensi emosi ibarat kita berjalan dengan ‘sebelah kaki’. Kerana itu ramai pengamal kuasa minda gagal mencapai apa yang mereka inginkan kerana mereka melupakan satu lagi senjata yang tidak diurus dan dikendalikan dengan betul.

KUASA MINDA Dan TERAPI EMOSI

Emosi dan Minda sangat berkait rapat. Emosi yang terganggu mempunyai tahap gelombang minda yang tinggi (di atas tahap gelombang Beta-13 ke 40Hz). Manakala emosi yang stabil dan sihat berada di pada minda yang tenang dan lebih “relax“. Emosi dan minda yang baik selalu berada pada tahap yang dipanggil “coherence” di antara otak dan jantung.

Stres akan menjejaskan tahap “coherence” pada denyutan jantung. Di mana apabila kita berada pada denyutan jantung laju, ia menganggu sistem nervous, hormon, sistem motor, dan sistem immune tubuh badan kita.

Apabila tahap gelombang minda berada pada tingkat stres, emosi seseorang individu akan terganggu. Begitu juga jika sebaliknya. Melalui workshop yang telah saya kendalikan, kaedah mengurus emosi adalah sangat penting dalam meningkatkan potensi diri dan kemampuan minda seseorang individu. Dan seorang pengamal sains kekuatan minda selalunya lebih mudah memanipulasikan kemampuan dan potensi mindanya apabila memahami bagaimana kedua-dua elemen ini bekerja dan bertindak balas.

Walaupu diketahui MEDITASI adalah satu “alat” yang selalu digunakan di dalam teknik KUASA MINDA, didapati ramai pengamal gagal melakukan meditasi yang baik jika mempunyai tahap emosi yang tidak stabil atau kerap terganggu. Kerana itu melalui pengalaman saya sebagai seorang jurulatih mendapati ramai pengamal kuasa minda gagal dalam mendapatkan hasil yang mereka inginkan kerana tidak mengetahui impak emosi yang mereka miliki.

Kerana itu, saya akan mengendalikan dua workshop yang saling berkait dan mempunyai potensi dan kemampuan yang berbeza untuk dikembangkan.

Menggunakan pendekatan HOLISTIK dan ILMIAH, saya akan mengendalikan dua WORKSHOP iaitu :
1. WORKSHOP Terapi Emosi-Emotional Freedom Technique pada 12hb Dec 2009 bertempat di Kuala Lumpur (akan ditetapkan sedikit masa lagi).
2. WORKSHOP Penjanaan POTENSI dan KUASA MINDA pada 19hb Dec 2009 bertempat di AL QUDRAH Training & Consultancy Air Keroh Melaka.
Insya Allah..maklumat lengkap akan dikemaskinikan sehari dua lagi melalui Blog ini.

Sekian

Amar Mahmood
Konsultan / Jurulatih
AL QUDRAH Training & Consultancy