Friday, April 16, 2010

Antara Minda dan Hati

Antara Minda dan Hati

Dalam tubuh manusia, terdapat dua “rahsia” besar untuk manusia mencapai kejayaan. Iaitu dari otak yang menghasilkan minda dan hati yang menhasilkan perasaaan dan emosi. Kedua2 organ ini sangat penting dalam individu mencapai kejayaan yang besar dari segi duniawi dan akhirat.
Bila saya berkata tentang dua organ penting ini tidak bermaksud organ yang lain tidak penting. Tetapi organ yang dua ini sangat2 penting kerana ia mempunyai “power’.
Minda adalah alat komunikasi manusia dengan dirinya. Minda adalah alat manusia mencipta kehidupan duniawinya. Minda tempat manusia mengawal tubuh badan dirinya sendiri. Minda tempat manusia mencipta kehidupannya sendiri. Tetapi apa pula gunanya Hati?
Hati yang saya maksudkan ini sangat luas ertinya. Ia bukan sekadar hati fizikal seperti otak fizikal. Dalam Islam ia di panggil Qalbu. Orang melayu kata Hati Nurani. Orang putih panggil “heart’. Orang energi panggil “Anahata”. Ia komponen yang sangat penting kerana ia adalah komunikasi dan jalan manusia mencapai kejayaan akhirat atau mencapai tingkat kerohaniaan (spiritual) yang tinggi.
Dalam Islam tersebut hati @ qalbu atau Rasulullah menyebut seketul darah merah di mana duduknya “nyawa” atau ‘Dzat”. Sebelum sampainya di situ tunggunya si syaitan atau iblis. Bersihkan hati maka mudah individu mencapai kesedaran kerohaniannya.
Manusia yang hanya berpandukan kehebatan minda memang hebat. Tetapi ia menjadi sangat hebat bila ia berhubung dengan hatinya. Kerana apa? Kerana hatinya berhubung dengan penciptaNya. Kerana hati duduknya “Dzat”. Kerana hati tempat manusia berhubung dengan “the Higher Intelligence”.
Hati pusat lahirnya “love”. Kerana itu tanpa hati manusia menjadi kejam dan hilang keagamaanya. Di buka hati orang yang kafir, mengucaplah dia kalimah “La illa haillallah”. Atau paling tidak akan mencari kebenaran dalam keagamaan atau ketuhanan.
Dengan minda manusia boleh mencapai apa yang mereka inginkan. Dengan minda manusia boleh mencipta impiannya. Tetapi dengan hati manusia akan dipandu dengan bantuaan isyarat2 dari Pencipta Manusia. Bila hati sudah dibuka maka ikutlah kata hati. Kerana kata hati itu mempunyai hubungan dengan “Kuasa”nya. Hati adalah “the guidance system” di dalam tubuh manusia. Tetapi manusia tidak sedar. Manusia alpa. Manusia selalu berkata ia mengikut kata hatinya tetapi selalu silap. Kerana hatinya masih tertutup. Masih belum membuka jalan kepada spiritualnya.
Bila hati belum dibuka, ia tidak bekerja. Kita selalu silap bila cuba mengikut kata hati yang tertutup. Kerana kata hati itu tidak mempunyai sokongan dari “atas’. Seorang yang dibuka “hati’nya, akan mempunyai kemampuan luar biasa. Ia boleh mencari barang hilang, ia boleh melihat dengan mata hatinya, ia mempunyai keyakinana yang tinggi, berkharisma tinggi, ia tak mudah jatuh sakit, ia mempunyai kesedaran emosi yang baik dan yang penting ia mempunyai kesedaran spiritual yang tinggi. Orang yang dibuka “hati” selalunya penuh dengan kasih sayang. Penuh dengan cinta. Dan penuh dengan emosi yang positif. Ia mampu menundukan orang yang marah hanya dengan renungan matanya.

Orang yang membuka hatinya selalu mencapai kesedaran apabila berkomunikasi dengan Tuhannya.
Amar Mahmood
PS:hati nurani tidak dapat dipengaruhi oleh apapun, selalu mengetahui kebenaran, selalu mengarahkan kita kepada Tuhan. Kerana ia adalah inti dari roh kita atau diri sejati kita.

No comments:

Post a Comment