Friday, April 16, 2010

EFT (part 1)

EFT @ Emotional Freedom Techniques (part 1)

Hari ini saya akan perkenalkan kepada anda satu teknik yang telah mendapat sambutan dan telah menjadi ‘fenomena’ dalam dunia perubatan alternatif dan ‘personal transformation’.

Ramai orang telah biasa dengan penggunaaan teknik-teknik minda seperti mindpower,nlp, mind control, subliminal tech dan sebagainya. Dan ramai juga yang telah banyak menggunakan teknik2 minda ini untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan atau cita-citakan.Tetapi saya tidak dapat menafikan terdapat beberapa dari mereka ini juga yang masih gagal untuk mendapatkan matlamat mereka atau mencapai apa yang mereka inginkan walau menggunakan teknik2 yang telah saya sebutkan tadi.

Rakan2 pernah bertanya pada saya kenapa semakin kuat mereka menggunakan teknik2 seperti affirmasi atau visualisasi tetapi semakin kuat mereka ditekan ke belakang atau semakin teruk kondisi yang di alami oleh mereka. Hingga terdapat beberapa dari mereka yang mula hilang kepercayaan tentang penggunaan kekuatan minda untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan.

Malahan seorang rakan terdekat saya yang pernah mengalami kegagalan teruk dan kesempitan kewangan pernah berjumpa saya untuk melahirkan rasa kekecewaan walau saya selalu bercakap dan memberikan tips2 terapi minda untuk membetulkan mindset nya tentang kehidupan.

Katanya, semakin kuat beliau menbuat affirmasi semakin muncul pelbagai masalah yang datang dalam kehidupan beliau dan beliau masih gagal untuk mencapai apa yang beliau affirmasikan setiap hari.

Soalan saya, pernahkah anda atau rakan2 anda mengalami keadaan seperti demikian?Oleh itu hari ini, saya sangat berhasrat untuk berkongsi kepada anda satu rahsia kenapa dan bagaimana anda boleh mencapai apa yang anda inginkan dengan lebih mudah jika anda mengalami keadaan yang sedemikian.

Cuba lihat senario ini…..

Cuba anda bayangkan, minda anda sebagai sebuah bilik yang mempunyai pelbagai barangan yang langsung tidak berguna kepada anda seperti perabut yang telah rosak, barang-barang yang telah buruk dan sampah sarap yang berbau busuk. (negatif) Dan sekarang ini anda ingin mempunyai sebuah bilik (minda) yang sangat bersih dan berbau harum. Apakah yang akan anda lakukan?

Anda tentu perlu membeli atau menukar barangan atau perabut lama tersebut dengan yang baru, menarik dan lebih bersih bukan? Adakah anda akan terus memasukkan perabut2 dan peralatan yang baru terus ke dalam bilik anda?

Sudah tentu tidak kerana anda perlu membuang atau membersihkan terlebih dahulu bilik tersebut dari semua barangan atau perabot yang tidak berguna itu betul ?

Seperti juga di dalam minda anda, anda perlu membersihkan , membuang atau menghapuskan segala kekotoran, kepercayaan2 yang tidak berguna lagi dn sebagainya terlebih dahulu. Tetapi, ramai dari anda yang terus memasukkan perabot2 baru (affirmasi @ visualisasi) tetapi pada masa yang sama masih mengekalkan perabot2 yang lama tersebut di dalam bilik anda…maka, apa yang berlaku?

Jawapannya, anda tidak akan ke mana2 malahan semakin hari anda akan keliru dengan situasi diri anda kerana pemikiran negatif, persepsi salah atau kepercayaan yang tidak berguna itu masih dominan dalam minda anda. Teori Law of Attraction mengatakan anda akan menarik apa yang anda fokus atau dominan dalam pemikiran anda.

Kerana itu, saya ingin memeperkenalkan atau “recommend” secara peeribadi kepada anda untuk mengenali dan mempelajari teknik hebat yang dipanggil EFT atau Emotional Freedom Techniques .

Suatu teknik bagaimana anda “release” atau atau membuang segala kekotoran (negative belief, limiting belief ….) atau kepercayaan negatif yang anda sedang menghuni pemikiran anda.

Tunggu sambungan nya….

Amar Mahmood
EFT Practitioner
P.S : Sila lawat www.emofree.com untuk penerangan lanjut dari founder sendiri.

No comments:

Post a Comment