Friday, April 16, 2010

Psikologi “Healing” (part 2)

Psikologi Healing (Part 2)

Bayangkan seorang rakan anda telah mengalami kemalangan sehingga patah kakinya. Selepas melalui rawatan perubatan moden, kaki rakan anda akan pulih dan kelihatan seperti biasa seperti sebelum beliau mendapat kemalangan.Tetapi tahukah anda semasa beliau mendapat kemalangan, rakan anda juga telah mengalami kejutan psikologi seperti ketakutan , trauma, terperanjat dan kesakitan emosi?

Perubatan moden hanya merawat fizikal rakan anda. Kerana itu walaupun kaki rakan anda telah kelihatan seperti biasa, anda pasti akan mendengar keluhan kesakitan atau ketidak selesa pada kaki atau anggota tertentu rakan anda. Tahukah anda kenapa boleh jadi demikian?

Ini kerana, kecederaan dalaman di tubuh rakan anda masih tidak dipulihkan. Dan selalunya mereka yang mengalami keadaan yang sama akan mengadu atau membawa kesakitan tersebut sehingga ke akhir hayat.

Keadaan yang sama juga berlaku jika rakan anda mengalami masalah kegagalan atau kesusahan kewangan. Emosi dan mental rakan anda juga telah mendapat kecederaan atau kesakitan.

Untuk membuktikan bagaimana semakin ramai tokoh2 motivasi atau personal growth yang menggunakan applikasi ini, saya akan menunjukkan kepada anda bagaimana “inner healing” dan energy healing sangat berkesan jika anda tahu menggunakannya.

Seorang penulis yang sangat saya kagumi dan Internet Marketer yang terkenal serta digelar “the Buddha of the internet” iaitu Mr Fire atau Joe Vitale di dalam buku hebat beliau “Spiritual Marketing” dan sekarang telah diubah tajuk sebagai “the Attrator Factor” telah menggunakkan Energy Healer Johnathon sebagai therapist beliau setiap kali beliau mengalami masalah atau halangan di dalam bisnes beliau. Malahan di dalam buku beliau dan di webnya, Joe telah mencadangkan Brad Yates (Pengamal EFT-Money Beyond Belief) sebagai alternatif healing untuk mendapatkan kejayaan dalam kewangan. Joe Vitale juga adalah seorang pengamal Gi Gong suatu seni tenaga dalam aliran kuno China.

Deepak Copra, Jutawan Produk Ayurveda terkenal dunia dan seorang spiritualis serta penulis hebat buku “The Seven Spiritual law of Success” adalah pengamal Quantum Healing dan juga pengamal yoga yang telah menulis banyak buku tentang inner healing.

Jack Canfield (penulis Chicken Soup for The soul dan The Success Principles) bukan sahaja mengamalkan dan mempelajari inner healing tech iaitu Sedona Method tetapi telah mencadangkan kepada pembaca buku2 nya supaya mempelajari method tersebut sebagai satu prinsip kejayaan yang beliau amalkan.

Shakti Gawain, penulis bestseller Creative Visualization bukan sahaja pengamal mind power tetapi adalah pengamal aliran meditasi dan energy healing. Sila baca buku2 beliau yang telah dijual berjuta2 naskah.

Banyak lagi aliran energy healing seperti Time Line, TFT, Rapid Eyes Tech, Emo Trance dan sebagainya yang boleh dipelajari dan di amalkan.

Banyak juga testimoni2 pesakit2 fizikal yang berjaya dipulihkan selepas menjalani rawatan energy healing seperti Reiki Tummo (sila baca buku Imansyah Effendi- Kundalini). Malahan seorang adik saya memberitahu, syarikat kewangan terbesar di Malysia telah memberikan terapi bagi setiap staff di bahagian sales iaitu rawatan aura therapy yang dijalankan oleh seorang founder Reiki- di KL di setiap bulan. Ia bertujuan untuk meningkatkan prestasi jualan di syarikat tersebut.

(sebenarnya, rawatan aura therapy adalah rawatan energy healing yang baik dari segi luaran dan dalam pengamalnya. Ia juga akan mula menarik energy2 yang positif kepada individu yang telah diberi rawatan atau terapi tersebut)

Seperti yang telah saya terangkan sebelum ini, terapi ini bukan kemestian dalam aliran motivasi dan personal growth kerana banyak juga amalan2 sains minda yang hebat seperti NLP, Hipnosis , Mind Power dan banyak lagi. Tetapi terapi ini jika dijalankan bersama2 sekali akan membantu usaha anda dan mempercepatkan anda mencapai apa yang anda inginkan atau impikan dengan lebih mudah.

Amar Mahmood

No comments:

Post a Comment