Tuesday, April 27, 2010

Kumpulan Artikel

aya menceburi bidang pembangunan diri kerana soalan di atas. Semenjak dahulu lagi saya kerap memikirkan apakah sebab atau faktor yang menyebabkan sesetengah individu itu berjaya. Dan sebaliknya pula kenapa individu tertentu kerap mengalami kegagalan.

Saya PERCAYA setiap apa yang berlaku pada seseorang individu itu ada sebab dan munasababnya. Pasti ada penjelasan disebalik kejadian yang berlaku ke atas diri individu tersebut. Ini satu soalan yang sangat menarik untuk diperbincangkan kerana ramai dari kita ingin tahu rahsianya.

Menceburi bidang ini menyebabkan saya kerap diajukan soalan tersebut. Ramai mahu tahu kenapa dan bagaimana mahu berjaya. Pengalaman saya menceritakan bahawa kejayaan dan kegagalan itu banyak bergantung kepada beberapa faktor. Ia tidak hanya bergantung kepada satu faktor yang mutlak. Ia adalah kombinasi dari beberapa faktor. Dan setiap individu itu akan mempunyai faktor- faktornya yang tersendiri yang akan menjadi penghalang kejayaan mahupun sebab ia menuju kepada kejayaan.

Setiap insan dilahirkan BERBEZA. Ibubapa dan keluarga yang BERBEZA. Dibesarkan dalam suasana yang sangat BERBEZA Peluang yang BERBEZA dan pengalaman yang BERBEZA. Ini semua adalah faktor asas yang mempengaruhi proses seseorang individu untuk berjaya. Ada individu yang cukup dengan kata-kata motivasi dan inspirasi sahaja untuk mereka berubah dan berjaya. Mungkin ini adalah individu yang melalui pengalaman dan situasi yang tidak banyak menganggu kepercayaan diri mereka tentang kejayaan. Atau individu tersebut punyai KEKUATAN DALAMAN dan KEKUATAN MOTIVASI DIRI mereka sendiri untuk berubah.

Tetapi ada individu yang lain perlu melalui proses perubahan MENTAL dan EMOSI mereka dahulu sebelum berjaya. Selalunya individu ini adalah mereka yang pernah melalui peristiwa yang telah menganggu apa yang ada didalam diri mereka. Mungkin mereka pernah melalui beberapa kegagalan yang terus menghuni di dalam minda dan emosi mereka. Mungkin mereka pernah melalui “trauma-trauma” kegagalan yang menjadi penyakit di dalam diri mereka.

Anda tidak percaya…? Tahukah anda mangsa-mangsa penderaaan, penyiksaaan, rogol, kemalangan dan sebagainya mempunyai trauma-tauma mental dan emosi yang bersarang dan menganggu kehidupan mereka? Dan tahukah anda jika trauma-trauma ini dirawat secara fizikal dan motivasi biasa akan mengambil masa dan tempoh yang panjang? Malahan ada kebarangkalian besar luka trauma tersebut tidak dirawati atau dihadapi dengan betul. Malahan masalah inilah yang menjadi gangguan sepanjang kehidupan individu tersebut pada kemudian hari. Jika anda perhatikan, orang yang mempunyai masalah emosi seperti panas baran, mudah melenting, cepat kecewa, mudah putus asa dan masalah-masalah emosi yang lain kemungkinan mempunyai banyak isu-isu “mental dan emosi masa lalu” yang tidak diberi perhatian.

Cuba anda perhatikan dan bandingkan antara anak yang dibesarkan oleh ibubapa dengan penuh kasih sayang dengan anak yang melalui perpisahan antara ibubapa. Terdapat perbezaaan besar dan ketara dari segi sikap, pemikiran, dan emosi anak-anak tersebut. Peristiwa, pengalaman dan keadaan yang mereka lalui telah menpengaruhi individu tersebut.

Begitu juga dalam proses kejayaan, jika ada yang pernah melalui kegagalan yang teruk atau dibesarkan dalam keluarga dan masyarakat yang gagal dan kurang berjaya, isu-isu “mental dan emosi” perlu diatasi. Pendekatan minda dan emosi perlulah digunakan. Selalunya motivasi dan inspirasi tidak mencukupi. Terapi dan pendekatan minda dan emosi adalah kaedah dan pilihan yang terbaik.

Bahkan bagi individu yang mempunyai masalah-masalah “trauma” dan “gangguan” yang lebih mendalam seperti gangguan semasa individu masih bayi, masalah individu semasa di dalam kandungan ibu (kesan emosi dan mental ibu semasa mengandung) hingga kepada isu keturunan, baka dan genetik (DNA) yang melekat pada tubuh individu tersebut boleh menjadi faktor-faktor mempengaruhi proses kejayaan individu (sila rujuk DNA Healing dan kajian jurnal sains DNA tentang kesan pada saikologi manusia). Maka disinilah selalunya hadir pendekatan yang lebih mendalam dan menyeluruh seperti pendekatan penyembuhan energi (energy healing) dan penyembuhan kerohanian (spiritual healing). Ini semua elemen dari “mind,body and soul” yang menyentuh hingga pada elemen-elemen yang halus di dalam diri seseorang individu. Mungkin tidak ramai individu yang menyedarinya, Tetapi pengalaman saya menunjukkan ada individu yang perlu melalui pendekatan ini. Mana tahu mungkin anda salah seorang darinya…..siapa tahu?…

Kerana itulah setiap individu berbeza. Proses kejayaan mereka juga berbeza-beza dan faktor-faktor kejayaan mereka juga berbeza. Justeru pendekatan yang HOLISTIK dalam bidang pembangunan diri ini adalah satu option atau alternatif bagi ramai individu. Sebenarnya, Ini jawapan saya bagi yang bertanyakan kepada saya kenapa saya membawa pendekatan holistik dalam bidang ini. Pandangan saya ialah setiap manusia mengalami peristiwa dan pengalaman yang berbeza. Satu cara bukan penyelesaian tetapi beberapa cara adalah pilihan buat mereka yang pernah melalui cara yang mereka pernah gunakan sebelum ini.

Manusia itu bukan terdiri dari satu elemen sahaja. TETAPI manusia itu mempunyai elemen fizikal, mental, emosi dan juga kerohaniannya. Jika kita katakan manusia itu “psychical being” kita tidak salah tetapi kurang tepat..kerana manusia itu juga adalah “spiritual being”. Jika kita katakan manusia itu nampak (tubuh) dan fizik juga tidak salah tetapi tidak cukup kerana manusia itu tidak nampak (roh) dan metafizik.

AMAR MAHMOOD

Berfikiran Positif, Kerunsingan & Trauma

Berfikiran Positif: Berbaik sangka iaitu berfikir tentang pekara yang baik baik belaka.

Kerunsingan (Anxiety): “Keluarga” kepada stres iaitu “abang” kepada masalah stres atau tekanan. Kerunsingan adalah satu masalah saikologi yang sebenarnya paling banyak dihadapi oleh manusia moden. Kerunsingan mempunyai terlalu banyak simptom yang akan muncul. Baik simptom fizikal, mental apatah lagi simptom emosi. Ada beberapa jenis atau kategori kerunsingan. Insya Allah saya akan menulis panjang lebar tentang masalah saikologi ini.

Trauma: Banyak orang menyebut dirinya mengalami trauma setelah mengalami satu tragedi atau kesusahan. Tetapi apakah sebenarnya trauma? Secara sederhana trauma bermakna luka atau kejutan (shock). Dalam pengertian saikologi, trauma menunjukkan pada pengalaman-pengalaman emosional yang mengejutkan, menyakitkan dan membawa kesan serius dan selalunya membawa kepada jangka waktu yang lama. Trauma sebenarnya isu minda dan emosi. Skop yang sangat besar. Jika diizin olehNya, saya akan mengupas masalah ini selepas menulis tentang kerunsingan.
______________________________________________________________
Sebenarnya , saya ada menerima satu soalan beberapa bulan yang lepas dari seorang pembaca blog ini yang berasal dari Singapura. Beliau menghadapi masalah sukar berfikiran positif. Menurut beliau, hampir setiap masa beliau akan fikiran negatif. Selepas satu… datang satu lagi fikiran negatifnya. Selalunya fikiran negatif tersebut bermula dengan ayat “macam mana kalau…..” dan terus menerus kepada pelbagai lagi fikiran negatif yang lain.

Beliau juga mengalamai beberapa masalah lain seperti sukar untuk tidur (insomnia), sakit kepala, berdebar-debar, fikiran yang selalu buntu dan simpton lain. Berdasarkan email beliau itu saya mengesyaki beliau mengalami masalah kerunsingan. Dan jelas telahan saya betul kerana beliau mengakuinya kerana beliau baru sahaja pulih dari masalah kemurungan (satu lagi masalah saikologi).

Tetapi apa yang saya mahu kongsikan di sini bukanlah masalah kerunsingan pembaca blog tersebut. Ini kerana saya akan kupas lebih lanjut tentang isu tersebut. Tetapi apa yang saya mahu kongsikan adalah masalah berfikiran negatif juga datang disebabkan oleh masalah-masalah kerunsingan yang dihadapi secara senyap oleh sesetengah individu.

Kerana itu ada individu yang mengeluh sukar untuk berfikiran positif walau sudah membaca dan menghadiri pelbagai buku dan ceramah motivasi. Ini kerana masalah yang dihadapi oleh individu sebegini bukan dengan cara membaca dan mendengar cerita tetapi perlu diberi terapi oleh mereka yang memahami bidang terapi saikologi. Masalah ini sebenarnya adalah masalah berkaitan minda dan emosi. Ada luka-luka pada minda dan emosi yang perlu diberi perhatian.

Minda dan emosi yang benar-benar sihat secara auto-nya akan menghasilkan fikiran positif yang berpanjangan. Begitu juga sebaliknya.

Sekian…salam

NOTA: Artikel ini ditulis untuk direkodkan sebagai bahan arkib blog dan idea penulisan pada masa hadapan

Bagaimana “Emotional Scars” Memberi Kesan Pada Minda Yang Sihat?

Ramai pengamal kuasa minda atau mereka yang bersungguh-sungguh mendalami tentang kekuatan dan kemampuan yang dimiliki oleh minda ingin mempunyai kekuatan minda yang optima. Mereka memperkasakan kekuatan mental mereka dengan mengamalkan pelbagai teknik dan kaedah yang popular di dalam pengamalan kuasa minda seperti affirmasi, visualisasi dan meditasi.

Di dalam mereka menguruskan dan menjana potensi diri melalui elemen kekuatan minda, ramai pengamal ini yang tidak tahu bagaimana mengurus dan menjana satu lagi kuasa potensi diri iaitu Kuasa Emosi. Emosi yang tidak sihat akan menganggu potensi minda. Emosi yang adalah “luka” akan merendahkan kemampuan minda. Malahan emosi yang negatif menghasilkan fikiran yang negatif dan seterusnya akan memancarkan tenaga atau energi yang tidak sihat pada pesekitaran tubuh badan seseorang individu.

Ramai perokok tidak sedar bahawa mereka merokok untuk menghilangkan PERASAAN seperti GEMENTAR, GUGUP, TEKANAN dan beberapa emosi negatif yang lain. Ramai penagih ALKOHOL ingin menghilangkan RASA STRES dan KEBOSANAN yang mereka lalui setiap hari dengan meminum berbotol-botol alkohol.

Orang tertekan dan kemarahan selalu menjadikan habit makan sebagai penghilang kemarahan dan tekanan yang dihadapinya. Tanpa sedar habit ini boleh memberi impak kepada kesihatan dan berat ideal tubuh badan dirinya sendiri. Malahan PERASAAN dan EMOSI takut, runsing dan marah hanya menghasilkan corak fikiran dan cara berfikir yang sangat NEGATIF.

TETAPI berapa ramai yang menguruskan dan memberi perhatian kepada EMOSI mereka?

Maxwell Maltz di dalam buku terkenal beliau “PSYCHO-CYBERNETICS” ada menyentuh dengan mendalam bagaimana MASALAH EMOSI merendahkan kemampuan dan potensi diri seorang individu.

“Anda tidak dapat melihatnya; tetapi ini sangat menyakitkan. Anda tidak boleh merasakannya; tetapi ia boleh membuat perut pedih dan jantung berdebar-debar. ‘Parut’ ini boleh menimbulkan pening kepala, perut mual, tidak boleh tidur dan gangguan lainnya.

‘Parut Emosi’ lebih dalam daripada parut fizikal dan lebih sulit dihilangkan. Parut ini menimbulkan lingkaran kemusnahan perasaan negatif yang tidak pernah berakhir, sampai Anda bertekad menyembuhkan luka tersebut”
-Maxwell Maltz-

Kecerdasan Emosi (EQ) sahaja tidak cukup untuk menguruskan emosi anda. Anda perlu tahu kaedah dan cara menguruskan emosi anda dengan betul.

Hari ini media utama melaporkan penyakit mental di Negara ini mencatatkan peningkatan jumlah individu yang mendapatkan rawatan masalah mental. Statistik menunjukkan seramai 379,010 individu mendapakan rawatan sebagai pesakit luar psikiatri di hospital kerajaan.

Kerana itu saya TEKANKAN BAHAWA emosi perlu diurus dan dikendalikan dengan betul. Setakat hanya mengenali kekuatan minda tanpa diandal dengan kekuatan dan potensi emosi ibarat kita berjalan dengan ‘sebelah kaki’. Kerana itu ramai pengamal kuasa minda gagal mencapai apa yang mereka inginkan kerana mereka melupakan satu lagi senjata yang tidak diurus dan dikendalikan dengan betul.

Emosi Dan Kesan Pada Tubuh Fizikal (Part III)

Samada disedari ataupun tidak, Emosi mempunyai kesan yang sangat besar kepada kesihatan fizikal tubuh manusia. Emosi sebenarnya merupakan punca ‘tersembunyi’ kepada pelbagai penyakit yang muncul pada diri seseorang individu. Samada ianya disedari ataupun tidak oleh seseorang individu sebagai punca terhadap penyakit atau masalah yang dihadapi tersebut.. tidaklah diketahui.

Emosi mempunyai kesan yang sangat besar pada Sistem Saraf Automatik dan Sistem Hormon yang terletak pada otak manusia. Emosi negatif yang mempunyai kesan paling besar adalah masalah STRES atau TEKANAN. Malahan STRES Smerupakan ‘pembunuh senyap’ yang perlu diberi perhatian oleh setiap individu terutamanya di dalam kesibukan menghadapi kehidupan zaman moden yang mencabar ini.

Stres adalah antara punca besar kepada Hipertension atau masalah tekanan darah tingi. Stres selalunya mengeluarkan simptom fizikal seperti :

Masalah jantung
Berdebar-debar
Susah hati yang melampau
Pening kepala atau migrien
Sakit tengkuk
Sakit seluruh badan
Sesak nafas
Sakit dada
Sakit sendi tulang
Susah tidur (insomnia)
Masalah atau gangguan pada mata, silau atau perit mata
Kebas-kebas tubuh badan
Sakit tapak kaki
Gangguan tenaga seksual
Masalah-masalah kulit
Masalah sukar menelan/tekak
Lemah system antibodi
Masalah saraf
Dan banyak lagi simptom stres yang tidak disedari oleh ramai individu.

Kerana itu ramai dari kita mengambil ubat untuk menyembuhkan masalah fizikal atau simptom yang dihadapi tersebut TETAPI terlupa untuk menyembuhkan atau mengatasai masalah sebenar pada diri mereka iaitu masalah stres. Atau masalah EMOSI yang menghasilkan simptom fizikal tersebut.

Nota: Esok saya akan menulis kesan Emosi pada tubuh mental atau kesihatan minda manusia

Rahsia Hidup Penuh Dengan Kejayaan Dan Kemakmuran (Part 1)

Dua tiga hari yang lepas, seorang peserta latihan bertanyakan saya soalan berikut:-


“Coach…Hukum Tarikan (maksudnya: Law of Attraction) itu maksudnya kita tarik apa yang kita fokuskan ke?”
Saya jawab; “Tak salah…tapi kurang BETUL”
Peserta tersebut bertanya semula; “Habis itu, apa maksudnya?”
Saya jawab..“Tunggu esok…..”

Rahsia Hidup Penuh Dengan Kejayaan Dan Kemakmuran (Part 2)

“Jadi..apakah maksud yang betul Coach tentang Hukum Tarikan?” Tanya peserta workshop tersebut lagi.


“Pada saya; Hukum tarikan mengatakan – anda menarik apa yang anda getarkan (vibrasi)“jawab saya. “Jika anda katakan apa yang anda fokus, ia agak sempit. Tetapi jika anda katakan apa yang anda getarkan…ia lebih HOLISTIK“.

Nota: Maka, apakah yang “missing” dalam buku The Secret??

“The Missing Link”: Apa Yang Mereka Kata Tentang EFT?

Jack Canfield (Co Author Buku The Secret)

“I have been using EFT for years and have found it a pivotal tool in creating the life of my dreams. Finally a film that captures this technique in a heartfelt, down to earth and passionate way. This information is essential if you want to live your best life!”
-Jack Canfield, Co-Creator of “Chicken Soup for the Soul” Best-selling Series- Featured in “The Secret”
Joe Vitale (Co Author The Secret)
Beliau mempromosikan Terapi EFT bersama dengan Brad Yates tentang kaedah dan cara membina kejayaan dan kekayaan di web berikut:- www.bradyates.net/MoneyBeyondBelief.html

Kenapa Bob Doyle (seorang lagi Co-Author “The Secret”) mengendalikan dan menganjurkan Terapi EFT di dalam web beliau : www.wealthbeyondreason.com/call.html
“…Since introducing EFT (Emotional Freedom Techniques) into the Wealth Beyond Reason program, the results that students are getting are absolutely phenomenal! Having a powerful and simple tool like EFT to eliminate negative emotions and limiting beliefs has proven to be an essential key for getting the Law of Attraction principles work in your life”.

Deepak Chopra
“EFT offers great healing benefits”

No comments:

Post a Comment