Friday, April 16, 2010

Emosi : Dipendam atau Dilepaskan?

Emosi : Dipendam atau Dilepaskan?

Semasa kita kecil, kita tahu bagaimana mahu meluahkan emosi kita. Saat kita sedih, kita akan menangis dan menunjukkan kesedihan kita. Pada saat kita gembira, kita akan ketawa dan melompat semahu hati kita. Tidak ada yang menghalang dan menganggu. Kita hanya tahu bagaimana mahu meluahkan emosi yang kita alami saat itu….

Itu masa kita kecil….apa yang kita rasakan saat itu?…..Ya, hidup yang sangat ceria dan gembira. Tidak ada tekanan…tidak ada kerisauan. Kita bebas dari “emosi yang terpendam”.

Apakah semasa kita dewasa kita tahu mengendalikan emosi kita?

Realitinya kita semakin hilang kemampuan natural kita meluahkan emosi dan perasaan kita. , Semakin dewasa seseorang individu, semakin kita memendam segala emosi yang kita alami. Saat kita kecewa, kita akan simpan perasaan kecewa tersebut. Saat kita sedih pun kita akan pendam dan simpan kesedihan tersebut. Apatah lagi dengan situasi kehidupan yang semakin menekan?

Tekanan di tempat kerja….marah dengan bos…..kecil hati dengan rakan sepejabat. Balik rumah, pening dengan kerja rumah yang banyak. Marah dengan suami @ isteri dan pelbagai lagi situasi emosi yang kita lalui setiap hati.

Kita semakin tidak tahu bagaimana mahu mengendalikan dan meluahkan emosi yang kita alami. Sebaliknya kita pendam dan simpan setiap perasan dan emosi yang datang.

Ini bukan satu pekara yang sihat untuk individu tersebut. Makin banyak emosi yang kita simpan makin besar “luka” emosi yang kita alami. Makin banyak kita pendam makin “sakit” emosi kita.

Tidak hairan makin ramai dari kita yang mengalami tekanan emosi, depresi, kemarahan, ketakutan, keresahan dan sebagainya. Penyakit fizikal seperti migraine, tekanan darah tinggi, sakit-sakit badan, kanser dan pelbagai lagi jenis penyakit fizikal boleh muncul hanya keranan emosi yang “luka” dan “berpenyakit”. Berapa ramai yang sedar bahawa “Stress adalah PEMBUNUH senyap penduduk dunia?”

Ini semua adalah emosi yang terpendam dan tidak dikendalikan dengan baik. Emosi sebenarnya mempunyai peranan BESAR dalam menentukan tahap kesihatan baik fizikal mahupun kesihatan dalaman sesorang individu. Kerana itu, kesedaran untuk mengendalikan dan menguasai emosi adalah satu dari KUNCI kemakmuran dalam kehidupan. Samada kita belajar mengendalikan emosi kita, samada kita belajar bagaimana mahu “melepaskan” emosi kita atau kita belajar mengenali apakah emosi yang kita alami adalah satu kemahiran yang semakin penting dalam kehidupan kita seharian.

Makin kita tahu bagaimana mahu menguruskan emosi kita; makin bertambah baik kualiti kehidupan yang kita lalui setiap hari.

Tidak mahukah anda hidup dengan penuh kebebasan seperti anda masih kecil dahulu..?

Nota:-
Di dalam terapi EFT mahupun RESQ56, anda perlu MENGENALI dan “mengeluarkan” (put at surface) emosi anda sebelum ia dibebaskan atau dilepaskan. Ia dilakukan pada masa kita melakukan “set up”.

No comments:

Post a Comment