Tuesday, April 27, 2010

Kumpulan Artikel 3

Bengkel Latihan Emotional Freedom Technique (EFT)

TAHUKAH ANDA …60 ke 90% daripada rawatan di klinik dan hospital adalah berkaitan dengan masalah emosi dan stres.

WORKSHOP TERAPI EMOSI : EMOTIONAL FREEDOM TECHNIQUE (EFT)

Workshop berasaskan pendekatan terapi ini secara khusus didesain dengan tujuan untuk membantu peserta pelatihan mengalami Transformasi Kehidupan secara holistik dan menjalani kehidupan dengan lebih positif.

Apakah anda :

1.Mempunyai motivasi yang tidak stabil?
2.Kerap rasa takut, marah, bimbang yang melampau, runsing, takut dan pelbagai situasi emosi di dalam bidang yang anda ceburi?3.Telah mencuba pelbagai cara untuk memotivasi diri, mendatangi berbagai seminar, membaca banyak buku positif, melakukan afirmasi, visualisasi, dreambuilding, goalsetting namun masih juga gagal mengubah / meningkatkan situasi kehidupan anda?
4.Ingin mempunyai kemampuan untuk menarik dan mencapai kejayaan dengan lebih cepat dan mudah? 5.Ingin menjadi magnet yang menarik pelbagai situasi, keinginan dan impian Anda? Jana Kecerdasan Emosi (EQ) Anda Sekarang!

Manusia adalah “makhluk beremosi”. Dengan emosi, kita sebagai seorang insan dibezakan dengan makluk Allah yang lain. Di dalam menghadapi kehidupan zaman moden yang penuh dengan cabaran dan tekanan, kita tidak mampu lari dari menghadapi pelbagai emosi yang akan mempengaruhi setiap situasi dan keputusan yang kita lalui di dalam kehidupan kita.

KESIHATAN EMOSI (Emotion Health) mempunyai kesan besar kepada POTENSI DIRI yang mampu dijana oleh seseorang indvidu. Individu yang sihat mempunyai EMOSI YANG POSITIF seperti kegembiraan, ceria, damai, bahagia dan sebagainya. Insan yang BERFIKIRAN POSITIF juga datang dari EMOSI YANG POSITIF.

Jika kita sering mengalami stres, ketakutan, runsing, gementar, takut dan pelbagai lagi emosi negatif yang lain, bagaimanakah kita mampu menjana MINDA yang POSITIF?. Apatah lagi untuk menjana KEKUATAN MINDA (Mind Power) yang kita dimiliki ini?.

Tahukah Anda? Di dalam buku David Goleman (1995) yang terkenal “Emotional Intellingence” mengatakan:-

80% kejayaan seseorang bergantung pada EQ atau Kecerdasan Emosi-nya berbanding dengan cuma lebih kurang 20% sahaja yang disebabkan oleh IQ atau Kecerdasan Intelek-nya.

Pendapat ini sejajar dengan pandangan yang mengatakan kita memerlukan lebih daripada kemampuan IQ untuk lebih berjaya dalam hidup. Antara kajian terkenal yang dijalankan oleh seorang pakar saikologi Mayer (1993) mendapati:-

Mereka yang mempunyai tahap IQ yang tinggi, tidak semua mencapai kejayaan yang cemerlang sama ada dalam kerjaya mereka, mahupun dalam kehidupan peribadai masing-masing. Sebaliknya individu yang mempunyai EQ yang tinggi memperlihatkan pencapaian kehidupan yang lebih tinggi terutamanya melibatkan bidang kepimpinan.

Emosi Memberi Kesan Besar kepada Kesihatan Tubuh Anda

EMOSI negatif jika tidak ditangani dengan baik dan berkesan akan memberi impak negatif kepada kesihatan tubuh fizikal. Fakta menunjukan stres adalah ‘pembunuh senyap’ kerana KAJIAN TERKINI MENDAPATI HAMPIR 80% DARI MASALAH KESIHATAN BERPUNCA DARI MASALAH EMOSI DAN STES. Kerana itulah stres dikenali sebagai PUNCA utama kepada hampir kebanyakan penyakit yang dihadapi oleh ‘manusia moden’.Masalah jantung, hipertension atau darah tinggi, sakit saraf, lemah antibodi, obesiti, penuaan, migrain melampau dan sebagainya adalah simptom dari masalah emosi.

Individu yang gagal mengurus dan mengendalikan emosi mereka sering mengalami situasi kehidupan yang negatif.

Tahukah Anda Bagaimana Emosi Mempengaruhi Nasib Dan perjalanan Kehidupan Anda?

Ramai dari kita tidak sedar bagaimana KUASA TARIKAN EMOSI mempunyai kesan yang sangat besar di dalam kehidupan kita setiap hari. Kerana itu orang melayu selalu mengatakan bahawa rumahtangga atau suami isteri yang selalu bergaduh di rumah akan menjauhkan rezeki mereka. Dan orang-orang tua juga sangat marah jika di pagi hari anak-anak menangis atau berlaku pergaduhan di rumah. Ini kerana ia akan memberi nasib yang tidak baik sepanjang hari. Ini membuktikan bagaimana emosi yang negatif HANYA MENARIK NASIB dan SITUASI KEHIDUPAN YANG NEGATIF kepada Anda.

Ini sebenarnya menjelaskan HUKUM TARIKAN atau popular dengan panggilan LAW of ATTRACTION yang mengatakan, “kita menarik apa yang kita vibrasikan atau kita getarkan“. Ramai manusia fokus pada kejayaan tetapi sebenarnya mereka hanya mengetarkan energi kegagalan atau ketakutan di sekeliling medan energi atau medan aura mereka. Malahan jika dibandingkan antara individu yang sedang berfikiran positif dengan seorang individu yang sedang marah, ramai setuju bahawa energi orang yang marah adalah lebih terasa getarannya.

Atas kesedaran betapa pentingnya kesedaran dan ilmu untuk mengurus emosi dan stres, kami di AL QUDRAH Training & Consultancy telah mengendalikan satu program pengurusan emosi dan stres yang HOLISTIK (menyeluruh) dan ILMIAH. Melalui program ini kami akan mendedahkan satu TERAPI EMOSI YANG PALING TERKENAL DAN POPULAR di seluruh dunia. Terapi ini juga telah digunakan oleh ribuan ahli perubatan, psikologis dan kounselor di dalam dunia pembangunan diri.

WORKSHOP Yang MENJANA KUASA POTENSI EMOSI Anda!

“Pelajari Terapi yang mengabungkan Kaedah Perubatan Kuno Cina yang telah berusia lebih dari 2,000 tahun dengan TEKNOLOGI TERKINI di dalam perubatan alternatif penyembuhan energi….”

Terapi Emotional Freedom Techniques (EFT) adalah kaedah rawatan energi yang mengapplikasikan falsafah dan prinsip perubatan akupuntur dengan rawatan alternatif penyembuhan energi (Bio-energi). Ia dikenali sebagai Cabang Rawatan Energi yang dikenali sebagai Psikologi Energi (Energy Pyschology) di khalayak pakar-pakar perubatan alternatif dan juga pakar saikologi moden. Kaedah ini adalah berdasarkan pertemuan terkini berhubungkait antara sistem energy(tenaga) manusia, emosi dan kesihatan tubuh fizikal Anda. Ia sangat POPULAR dan MENDAPAT sambutan yang positif dan luas dari pelbagai golongan individu.

EFT diasaskan oleh Gary Craig seorang Jurutera yang telah mendalami perubatan alternatif selama bertahun-tahun sebelum itu. EFT direkodkan telah berjaya menyelesaikan ribuan kes yang meliputi masalah kesihatan emosi, kesihatan fizikal dan isu-isu pencapaian cemerlang diri (rujuk laman rasmi EFT iaitu www.emofree.com untuk mendapatkan ribuan testimoni yang telah didokumentasikan di laman web tersebut).

Tujuan pelatihan secara spesifik meliputi:
1. Membantu peserta pelatihan mengenal, mengetahui dan mengurus emosi yang dihadapai setiap hari.
2. Membimbing peserta kaedah yang betul dan berkesan teknik terapi diri (self-therapy) yang secara klinikal telah teruji mampu dengan sangat cepat membantu seseorang untuk mengenali dan menghancurkan mental block penghambat sukses dalam banyak aspek kehidupan.
3. Peserta pelatihan mampu melakukan self-therapy dengan efektif, cepat, dan permanen. 4. Mengaktifkan dan memperkuat The Law of Attraction dalam diri untuk meraih kejayaan.
5. Meningkatkan 3 KUASA KECERDASAN manusia iaitu kecerdasan Minda, Emosi dan Spiritual.
6. Menemukan missing link yang menjadi kunci keberhasilan di dalam aspek kehidupan (Success Magnet)
Apa yang Akan Anda Perolehi Dari Workshop ini? Program yang dikendalikan untuk dua hari ini akan mendedahkan :-
» Falsafah dan prinsip disebalik Kuasa Pembebasan Emosi

» Manusia dan Sistem Energi Hayat

» Pengurusan dan Kecerdasan Emosi(EQ)

» Memahami Stres dan Kesan Psikosomatik

» Hukum Tarikan (Law of Attraction) & Kuasa Energi

» Hubungan antara minda, emosi dan spiritual

» Kaedah menjana Potensi Minda dan Mengakses Kemampuan Minda Bawah Sedar.

» Cara Kerja Otak, Memori, dan Fikiran

» Mengarahkan Fikiran dan Perasaan Agar Bekerja Selaras dengan Tujuan Anda,

» Meningkatkan Kecerdasan Emosi (EQ),

» Meningkatkan Kecerdasan Spiritual (SQ),

» Menghilangkan Hambatan Emosi dan Rasa Takut Sukses,

» Penyelarasan antara Fikiran (Thought), Emosi (Emotions) dan Kepercayaan (Beliefs)

» Hubungan Kesedaran (Consciousness), Emosi (Emotions), dan Kepercayaan (Beliefs)

» Memahami Emosi

» Emosi Sebagai Bahasa Doa Yang Efektif

» Memahami dan Memanfaatkan The Law of Attraction(LOA) dalam mencapai goals / Impian

» Teknik Terkini Terapi Emosi yang Terkenal iaitu Emotional Freedom Technique (EFT)» Keseluruhan Prosedur dan Protokol EFT berdasarkan Manual Rasmi EFT.

» Basic Tapping Procedure

» The Short Cut Application

» Applikasi dan Terapi EFT berkaitan isu Fizikal dan Emosi

» Membongkar 30 tips yang akan meningkatkan kemampuan minda dan emosi anda.

» Dan banyak lagi….

Berikut adalah MANFAAT yang akan diperolehi oleh peserta yang mengikuti program ini:-
Kemampuan Mengurus dan Membebaskan diri dari PELBAGAI ISU EMOSI baik yang ringan mahupun kepada masalah EMOSI yang berat dalam tempuh yang singkat (minit hingga ke jam berbanding dari bulan atau ke tahun. Contoh : trauma, fobia, rungsing/anxiety, risau, takut, gementar, kesedihan, murung/depresi, panik/kecemasan dan lain-lain lagi)
Mengatasi masalah kesakitan dan simptom fizikal walaupun method yang lain telah gagal sebelumnya (contoh migrain teruk, pening kepala, sakit sendi, hipertension, gejala simptom stres, jantung berdebar, sesak nafas, penyakit kronik seperti kanser/barah-sebagai mengatasi masalah ketidakstabilan emosi dan pelbagai sakit fizikal yang lain).
Mengatasi tabiat atau habit negatif seperti mengigit kuku jari, ketagihan merokok, masalah makan yang menjurus kepada obesiti, gangguan tidur/insomnia dan sebagainya.
Memecahkan halangan minda (limiting belief/mental block), memprogram semula mindset atau kepercayaan positif, meningkatkan kecerdasan otak seperti penumpuan dan daya fokus) dan membina fikiran yang positif.
Menjadi terapi pelengkap kepada pelbagai teknik dan kaedah pembangunan diri yang lain seperti KUASA MINDA dan HIPNOSIS.
Terapi yang berguna dalam meningkatkan PRESTASI kerjaya, bisnes, akademik, pencapaian persembahan (peak performance), pembangunan pesonaliti dan sebagainya.
Siapakah Yang Patut Menghadiri WORKSHOP Ini?

» Mereka yang menghadapi masalah emosi seperti murung, risau, runsing, sedih, takut dll.

» Mereka yang ingin mengubah (membangunkan) dan meningkatkan potensi kekuatan minda

» Mereka yang selalu tertarik dengan subjek tentang HUKUM TARIKAN, KUASA MINDA, PENYEMBUHAN ENERGI, ESQ dan lain-lain.

» Ibubapa yang mempunyai anak bermasalah atau yang ingin meningkatkan prestasi belajar anak.» Suami Isteri, yang ingin menjaga atau meningkatkan hubungan.» Pelajar/Remaja yang mempunyai masalah atau yang ingin meningkatkan prestasi.» Dokter, ahli kesihatan alternatif, Juruterapi rawatan energi dll, demi meningkatkan keberkesanan proses penyembuhan pelanggan.» Ahli Psikologis, Kounselor, Motivator, Jurulataih dll; untuk membantu menangani isu dan masalah saikologi klien.» Pengurus, Pemimpin, Peniaga/Bisnesman, Pegawai Sumber Manusia dan lain-lain,» untuk mengatasi dan meningkatkan prestasi kerja dan pembangunan diri.» Mahasiswa atau pelajar, yang ingin meningkatkan prestasi akademik.Sekian.
Amar Mahmood
Konsultan/ Jurulatih

AL QUDRAH Training & Consultancy
No 81-1 Jalan TU41
Taman Tasik Utama
Air Keroh Melaka

“Jana KECERDASAN Dan KUASA EMOSI Anda Hari Ini Dengan TERAPI EMOSI Yang Telah Dimanfaatkan Oleh Ribuan Individu.

Package Program A. Workshop dalam Bahasa Melayu B. Manual Workshop C. Sijil Penyertaan D. Koleksi Ebook tentang EFT termasuk 2 Ebook oleh Juruterapi terkenal EFT bernilai RM150.00

Workshop : Yuran selepas diskaun adalah RM350.00 (yuran asal adalah RM450.00)
Tarikh : 19hb Disember 2009
Lokasi : Kuala Lumpur (tempat akan diberitahu sedikit masa lagi)
Masa : 10.00am-4.00pm

Untuk mengikuti WORKSHOP atau PROGRAM yang dianjurkan oleh kami, Sila uruskan pembayaran anda melalui:-

Bank : MAYBANK - 1540-1738-3350
Akaun : Amar Mahmood

Kemudian hantarkan nama dan detail bayaran anda melalui email ke :- amar_sukses@yahoo.com atau SMS ke 017-6839638.

Bolehkah Masalah Yang Dihadapi Di dalam Kehidupan Dirawat?

Sepanjang penglibatan saya di dalam bidang pembangunan diri, saya dapati betapa rendahnya kesedaran tentang masalah kehidupan terutamanyan berkaitan psikologi (seperti kerap gagal di dalam bidang yang diceburi, masalah keyakinan diri, mengalami kesusahan, nasib malang, kerap menghadapi emosi kesedihan, susah hati, murung atau merasa tidak bahagia di dalam kehidupan, dan sebagainya) dikendalikan dengan betul dan berkesan.

Selalunya jika kita pening kepala, demam, sakit badan, atau mengalami pelbagai masalah kesihatan fizikal, kita akan SEGERA berjumpa ahli perubatan untuk mendapatkan nasihat. Selalunya klinik dan hospital adalah lokasi yang dicari.

Sebalikya masalah kehidupan (seperti yang saya sebutkan di atas) yang kerap dihadapi dan selalunya memberi kesan yang sangat besar di dalam kualiti kehidupan yang dihadapi oleh ramai individu- tidak pula mencari ahli atau nasihat dari mereka yang sepatutnya. Selalunya mereka menghadapi situasi dan masalah tersebut bersendirian tanpa panduan dan ilmu yang betul. Bagi yang ada inisiatif, akan berusaha menghadiri ceramah motivasi atau mencari buku-buku yang mampu memberi semangat dan inspirasi untuk mereka.

Saya tidak katakan pekara itu salah, kerana memang itu adalah sebahagian dari kaedah yang boleh digunakan untuk mencari “ubat” atau mungkin ia mampu menjadi “ubat” kepada masalah kehidupan tersebut.

Saya berpendapat, MOTIVASI BUKAN RAWATAN YANG CUKUP terutama bagi mereka yang menghadapi masalah kehidupan yang lebih besar. Bagi setakat kurang semangat, mudah sedih atau gagal dalam peperiksaaan, mungkin motivasi boleh membantu. TETAPI masalah kehidupan seperti gagal dalam kerjaya, bisnes, takut menghadapi masa depan, rasa rendah diri yang kronik, masalah emosi yang teruk dan sebaginya memerlukan rawatan dan nasihat dari mereka yang ahli di dalam bidang tersebut.

Jika sakit fizikal dirujuk kepad doktor perubatan, saya percaya masalah kehidupan juga patut dirujuk atau mendapatkan nasihat dari ahli psikologi.

Kerana itu kebanyakan ceramah motivasi tidak mampu memberi impak besar di dalam perubahan situasi kehidupan yang dihadapi oleh seseorang individu. Ini pandangan saya.

Di barat, pusat terapi psikologi dan kounselor bertauliah telah menjadi satu profesion yang dihormati dan dipercayai oleh masyarakat mereka. Mereka tidak memandang ringan permasalahan kehidupan yang mereka hadapi. Malahan mereka kerap berjumpa dan mendapatkan nasihat dari pakar psikologi.

Ini sudah menjadi sebahagian dari proses pembangunan diri atau pengembangan potensi diri mereka.

Amar Mahmood
Konsultan/Juruterapi

No comments:

Post a Comment