Friday, April 16, 2010

Psikologi “Healing”

Psikologi “Healing”

Tahukah anda apabila anda telah membuat pelbagai usaha dan pelbagai cara untuk mencapai keinginan atau matlamat anda tetapi anda masih belum berjaya. Atau anda telah melakukan pelbagai kaedah untuk berjaya dalam kerjaya atau bisnes anda tetapi anda masih di “takuk” yang lama.

Atau mungkin anda telah mencuba pelbagai saranan dari rakan2 yang telah berjaya dan meniru strategi atau usaha yang sama seperti rakan anda tetapi anda masih juga gagal?

Atau anda telah berusaha 10x ganda dan mengikut segala perancangan tetapi anda makin ditimpa pelbagai nasib malang?

Adakah anda pernah melalui keadaaan seperti berikut atau rakan2 pernah mengadu kenapa sentiasa ditimpa nasib malang? Jika Ya… maksudnya anda atau rakan anda perlu menjalani suatu terapi atau membuat penyembuhan psikologi. Atau mungkin juga boleh dipanggil “inner healing”.

Tapi, apakah itu psikologi healing?

Sebenarnya, selain dari penyakit fizikal yang selalu manusia hadapi setiap hari seperti darah tinggi, sakit buah pinggang, kanser, aids dan pelbagai lagi nama penyakit fizikal. Manusia juaga yang mengalami kegagalan, kemiskinan, kekecewaan aatu kemurungan adalah manusia yang mempunyai penyakit psikologi atau penyakit “dalaman“.

Seperti diri manusia yang terbahagi kepada 2 tubuh (sebenarnya lebih) iaitu diri fizikal dan diri dalaman, penyakit yang dihidapi oleh manusia juga terbahagi kepada dua jenis. Tetapi, kebanyakan kita memang tidak sedar yang kita membawa penyakit ‘dalaman” yang langsung tidak cuba dipulihkan.

Kegagalan atau kemiskinan yang pernah dialami oleh seseorang individu akan meninggalkan kesan penyakit, “virus” atau luka2(parut) di dalam diri individu (psikologi) yang selalunya tidak disedari oleh individu tersebut. Kerana itu, walau pelbagai usaha atau kaedah fizikal yang telah dicuba oleh individu tersebut, mereka selalunya akan terus mengalami atau menghadapi kegagalan atau kemiskinan.

Kerana itu, beberapa terapi seperti aromatherapy, aura therapy , energi healing dan beberapa alternatif terapi (termasuk alternatif seperti air “tawar”, mandi bunga, spiritual atau mistik terapi (bomoh) ) juga digunakan. Malahan terdapat beberapa ritual agama seperti, solat hajat dan tahajud adalah “inner healing” yang juga telah membantu pemulihan sesetengah penyakit tersebut.

Kerana itu, saya amat percaya dan memberatkan penggunaan motivasi konvensional bersama2 dengan kaedah terapi psikologi dalam menjadi pemangkin perubahan individu untuk mencapai kejayaan, kebahagiaan , kekayaan mahupun kemakmuran.

Bagaimanapun, terserah buat anda samada untuk memilih apakah jalan terbaik untuk anda mencapai kejayaan atau apa yang anda inginkan. Yang pasti, anda suka atau tidak, sebarang peristiwa yang anda lalui akan memberi kesan ke dalam diri anda. Psikologi Healing akan membantu anda memulihkan atau mempercepatkan berkali ganda usaha yang sedang anda lakukan. Malahan anda akan terperanjat apabila healing itu akan menjadi pemangkin yang besar kepada perjalanan anda mencapai kejayaan.

Atau anda akan membiarkan penyakit ketakutan, trauma, kekecewaan, kegagalan, kemiskinan, kemurungan , keraguan, kekurangan keyakinan dan sebagainya bersarang dan menghuni di dalam tubuh anda.

Amar Mahmood

“Some day the medical profession will wake up and realize that unsolved emotional issues are the main cause of 85% of all illness. When they do, EFT will be one of their primary healing tools….as it is for me.”
-Eric Robin, MD-

P.S: Sebenarnya, punca penyakit2 fizikal seperti migrain, kanser payu dara, sakit pinggang dan sebagainya juga banyak datang dari masalah psikologi. Dan terbukti semakin ramai terapi minda dan psikologi telah berjaya memulihkan pesakit2 dengan mengunakan inner healing dan psikologi terapi sebagai alternatif perubatan. Penulis terkenal dan Pengamal Minda -Louise Hay (The Power Within You-saya akan review nanti) adalah salah seorang yang telah pulih dari kanser selepas melalui terapi ini.

P.S.S: Insya Allah, saya akan cover dalam artikel akan datang tentang hubungan minda dengan penyakit fizikal (Mind Beyond Body).

No comments:

Post a Comment