Friday, April 16, 2010

Menggunakan Pendekatan Holistik (Holistic Approach) dalam Pembangunan Diri (Personal Growth)

Menggunakan Pendekatan Holistik (Holistic Approach) dalam Pembangunan Diri (Personal Growth)

Holistik @ Holistic adalah asal dari Holism. Yang mana ia adalah juga asal dari perkataan Greek – holos yang mempunyai erti menyeluruh atau keseluruhannya.

Dari Wikipedia :
Holism (from ???? holos, a Greek word meaning all, entire, total) is the idea that all the properties of a given systemlinguistic, etc.) cannot be determined or explained by the sum of its component parts alone. Instead, the system as a whole determines in an important way how the parts behave. (biological, chemical, social, economic, mental,

The general principle of holism was concisely summarized by Aristotle in the Metaphysics: “The whole is more than the sum of its parts.”

Pendekatan holisik semakin banyak diperkenalkan dalam banyak aspek kehidupan. Dalam pendidikan, sains, ekonomi, filosofi, sosiologi dan kesihatan. Malah ada banyak lagi pendekatan holistik telah berkembang dengan cepat.

Di blog saya ini pendekatan Holistik yang banyak saya sentuh adalah Holistic Healing (Penyembuhan Holistik) dan Holistic Self Improvement (Pengembangan/Pembangunan Diri secara Holistik).

Pendekatan ini mula popular kebelakangan ini. Tetapi di Malaysia masih agak terbatas dan tidak difahami applikasinya. Bila blog ini mula dibangunkan, anda pasti terbiasa melihat ayat ini… “Mind, Emotion and Spiritual…the Path to Prosperity”. Ini adalah pendekatan holistic di mana pendekatan yang disentuh adalah menyeluruh iaitu bagi manusia kita akan membuat healing dari sudut emosi, mental dan kerohanian individu yang terlibat. Idea ini sudah lama ingin dijelaskan, tetapi baru hari ini saya tergerak untuk menerangkan pendekatan yang mempunyai impak yang sangat besar kepada diri individu dan masyarakat itu sendiri.

Di dalam bidang motivasi atau perkembangan individu, atau saya senang untuk memanggil ia sebagai bidang mencungkil potensi diri manusia dan juga mengoptimakan kekuatan diri Insan (human power) dalam kehidupan mereka setiap hari… pendekatan yang kecil atau hanya tertumpu kepada sudut yang tertentu sahaja akan memberi kesan yang bersifat sementara atau hanya memberikan impak yang kecil kepada individu. Contohnya, jika tumpuan hanya diberikan kepada isi fizikalnya sahaja. Kerana itu, pendekatan holistic diperkenalkan untuk memberi sokongan kepada hampir keseluruhan diri individu sebagai seorang manusia itu sendiri.

Anda perlu memahami yang manusia itu bukan hanya terdiri sebagai satu tubuh fizikal sahaja. Sebaliknya, manusia itu juga mempunyai sisi mental, emosi dan kejiwaan yang saling berkait rapat dan memerlukan keseimbangan antara tubuh2 tersebut yang akan memberi kesan yang berlainan kepada individu tersebut.

Saya berkongsi pendapat yang sama dengan Master Hazil bahawa, tubuh, minda dan jiwa (mind, body and soul) perlu diselarasakan untuk Insan dapat mengembangkan diri mereka pada tahap yang optima.

Apa guna insan bertukar2 fesyen pakaian dan penampilan jika ia masih membawa mentaliti setahun, lima tahun malahan sepuluh tahun yang dulu. Ada juga yang mewarisi mentaliti ibubapa zaman pra kemerdekaan dahulu tetapi bergaya mirip2 pelakon Hollywood. Cuba lihat di sana sini, ramai muda mudi yang berpakaian yang “hebat2” tetapi masih seperti cerita2 zaman cerita hindustan “sangam” dengan haha dan huhu yang tidak pernah habis.

Memang fizikalnya berevolusi tetapi bagaimana dengan mentalnya? Adakah benar2 mentalitinya berubah? Belum lagi di sentuh aspek2 ekonomi dan politik yang mentalitinya masih sangat “mundur”.

Emosinya pula bagaimana? Adakah masih penuh dengan ketakutan? Kerisauan? Kebimbangan yang tak bersebab? Masih ramaikah yang emosi individu yang takut dengan perkataan “kuasa”. Ramaikah insan yang berdosa apabila berkata soal “kekayaan”?

Apakah konsep yang perlu digunakan? Apakah “tools” yang perlu diaplikasikan untuk setiap sisi mental, emosi dan kerohanian individu? Jangan bak kata Master Hazil, sudah ketuk kepala seorang tu (maksudnya ..sedarkannya) lepas tu tak tahu apa yang perlu dibuat.

Love,Abundance & Prosperity
AMAR MAHMOOD
Mind Power Coach & Energy Therapist

PS: Gembira mendapat tahu yang rakan coach saya Ms Katrina Sin akan berada di Jepun mulai esok untuk mengajar sebuah syarikat di sana menggunakan teknik EFT. Wow….international coach ma.. CONGRATS….!!

No comments:

Post a Comment