Friday, April 16, 2010

Sakit Mental ke @ sakit emosi @ Sakit jiwa?

Sakit Mental ke @ sakit emosi @ Sakit jiwa?

Dalam banyak2 penyakit, ini adalah penyakit yang paling sukar diubati atau difahami. Istilah sakit mental adalah istilah yang selalu digunakan untuk merujuk kepada pesakit yang mengalami masalah mental @ gila. Dan selalunya “orang gila” dikatakan mengalami masalah mental. Betul ke?

Bagi pesakit2 mental, selalunya mereka akan dihantar ke hospital2 tertentu untuk menjalani terapi psikologi dan ubatan klinikal yang tertentu. Tetapi melalui kajian, peratusan yang pulih adalah sangat rendah dan selalunya mereka yang mengalami masalah mental akan terus dihidapi oleh pesakit tersebut seumur hidup mereka.

Melalui pengalaman saya sebagai seorang pengamal terapi psikologi energi, pesakit mental kebanyakannya bukanlah mengalami penyakit mental tetapi mereka kebanyakannya mengalami sakit emosi dan sakit kejiwaan. Dan kerana sakit emosi atau jiwa tadi akan menbawa mereka kepada masalah mental atau pemikiran mereka.

Apakah buktinya?

Di taman tempat saya tinggal terdapat 2 orang pesakit “mental” yang kerap merayau-rayau untuk mencari makanan. Kedua-dua pesakit tersebut memang tinggal berhampiran kawasan perumahan tersebut. Saya pernah mendapat tahu yang seorang dari pesakit tersebut mula mengalami masalah mental selepas ditinggalkan oleh suaminya. Manakala seorang lagi akibat tekanan kehidupan selepas ditinggalkan oleh anaknya.

Sebenarnya, kedua2 pesakit tersebut mengalami tekanan emosi atau masalah jiwa yang tidak mampu ditangani oleh diri mereka sendiri. Menurut konsep psikologi energi, tekanan emosi atau jiwa yang dialami oleh seseorang akan memberi gangguan atau terjadi “blockage” di dalam sistem energi individu tersebut. Akibatnya, akan menjejaskan tahap pemikiran dan kesihatan individu tersebut. Dan ini akan membawa kepada gangguan mental terhadap pesakit. Kerana itu, pengidap2 sakit emosi amat digalakkan untuk bercerita atau melepaskan emosi mereka kepada ahli keluarga atau rakan2 yang dipercayainya supaya emosi mereka tidak terpendam dan menganggu perjalanan energi dalaman mereka.

Dalam pemulihan ubatan hospital, pemberian ubat sebenarnya tidak akan berjaya memulihkan pesakit2 mental tersebut. Kerana ubata penenang yang diberikan hanya untuk sementara sahaja tetapi tidak akan berjaya memulihkan penyakit emosi atau jiwa pesakit tersebut.

Menurut kajian, penyakit emosi dan jiwa meningkat dengan kadar yang sangat cepat di negara2 maju seperti di Amerika, England, Jepun, Sweden dan beberapa negara lain. Kadar bunuh diri meningkat dengan sangat drastic. Ini kerana tekanan kehidupan seperti kewangan, kerjaya, bisnes dan situasi hidup di negara2 tersebut yang sangat menekan. Malahan, kajian dari negara kita juga menunjukkan kesan peningkatan pesakit mental yang ketara.

Kematian ramai selebreti terkenal seperti Elvis, Kurt Cobain, Marilyn Monroe dan ramai lagi bukan kerana mental tetapi kerana emosi dan jiwa. Terbaru Britney juga sedang mengalami tekan emosi selepas berpisah dengan suaminya.

Ketidakstabilan emosi dan kejiwaan amat sukar dipulihkan melalui terapi ubatan kimia. Kerana itu, di barat peningkatan perubatan alternatif seperti Yoga, meditasi, reiki, energi healing (inner healing), dan yang lain semakin mendapat tempat oleh golongan2 elit barat. Malahan pendekatan agama semakin berkembang kerana agama banyak membawa pemulihan dalaman oleh seseorang penganutnya. Mereka yang mempunyai kestabilan emosi dan jiwa sentiasa tenang apabila mengalami sesuatu masalah atau tekanan. Malahan mereka mampu menangani sebarang masalah dengan kematang pemikiran mereka.

Jadi kesimpulannya, pesakit mental banyak berpunca dari emosi dan kejiwaan pesakit tersebut. Bila kita mengistilahkan sakit mental, sebenarnya ia sangat berkait rapat dengan sakit emosi dan sakit jiwa seseorang individu.

-Amar Mahmood-
EFT Practitioner
“Mind, Emotion and Spiritual…The Path to Prosperity”

PS: Individu yang pernah mengalami kegagalan akan mengalami masalah emosi dan jiwa di dalam diri mereka. Kegagalan mereka menangani maslah tersebut boleh menghalang kejayaan mereka pada masa akan dating.
PSS: Individu yang mengalami kesusahan dan kemiskinan selalu mengalami tekanan emosi yang teruk. Kegagalan mereka melalui pemulihan akan menyebabkan mereka tidak berjaya melepasi garisan kemiskinan yang telah ditanda di dalam kehidupan mereka.
PSSS: Individu yang mengalami tekanan kehidupan selalunya mempunyai persepsi tentang kehidupan yang salah. Mereka selalu membuat keputusan yang salah kerana emosi yang tidak benar di dalam kehidupan mereka.

No comments:

Post a Comment