Friday, April 16, 2010

Pemancar Energi@Vibrasi di tubuh manusia

Pemancar Energi@Vibrasi di tubuh manusia

Pada diri manusia terdapat 2 pemancar energi sangat penting. Energi yang keluar itulah akan berlakunya Law of Attraction(LOA). Apa yang dipancarkan atau dikeluarkan dari pemancarnya akan menarik semula energi atau vibre atau frekuansi yang sama kepada individu tersebut.
Otak adalah pemancar dan penerima energi yang paling selalu diperkatakan oleh ramai pengamal2 sains minda dan peminat2 LOA. Otak bukan sahaja memancarkan energi atau frenkuasi dari tubuh manusia malahan ia juga menerima setiap frekuansi yang ada di sekitar diri anda atau di alam semesta. Apa yang anda fikirkan akan menghasilkan energi atau tenaga. Malahan energi yang keluar tersebut jika difokuskan dan dikuatkan boleh menjadi senjata yang lebih kuat dari kuasa laser. Minda berpegang pada konsep di mana fikiran anda pergi di situ energi akan mengalir. Jika sekarang anda memelihat gambar kekasih anda di dalam minda anda maka energi terus mengalir kepada kekasih anda hanya kurang dari sesaat. Buktinya, jika kekasih anda sensitive kepada energi, dadanya akan berdebar dan dia akan teringatkan kekasihnya tadi. Bukti lain adalah aura. Aura yang terbentuk disekeliling diri anda adalah juga hasil energi yang anda pancarkan dari otak dan pemikiran anda. Jika anda berfikiran positif maka energi positif dan aura positif akan di hasilkan di sekeliling diri anda.
Pemancar kedua adalah dari hati yang menghasilkan perasaan dan emosi anda. Pemancar kedua ini paling kurang disebut oleh pengamal2 LOA. Tetapi pemancar kedua jugalah yang paling banyak memberi gangguan kepada kejayaan seseorang menarik apa yang mereka inginkan.
Setiap emosi yang anda hasilkan mempunyai vibre atau energi yang tersendiri. Samada anda gembira, senang hati, bahagia, marah, kecewa, sedih dan pelbagai emosi lain akan menghasilkan energi yang berlainan. Buktinya, aura orang yang marah berbeza dengan aura seorang yang sedang gembira. Aura seorang yang sedang bercinta sangat berbeza dengan aura seorang yang dalam kekecewaan dengan kekasihnya. Aura adalah energi. Warna adalah frekuansi tenaga atau energi. Kerana itu, setiap emosi yang anda lahirkan mempunyai vibre nya yang tersendiri.
Masalah paling besar adalah selalunya energi yang keluar dari kedua 2 pemancar ini bertentangan atau kontras di antara satu sama lain. Seorang pengamal positif thinking selalu cuba berfikiran positif tetapi hatinya selalu menidakkan pemikiran tersebut. Ada yang membuat affirmasi tetapi hatinya ketawa dengan affirmasi yang disebutkan. Pemikirannya cuba bertenang tetapi hatinya berdebar- ketakutan dan mengelabah tak menentu.
Jadi apakah yang anda perlu lakukan?

No comments:

Post a Comment