Sunday, February 28, 2010

Bagaimana “Emotional Scars” Memberi Kesan Pada Minda Yang Sihat?

Ramai pengamal kuasa minda atau mereka yang bersungguh-sungguh mendalami tentang kekuatan dan kemampuan yang dimiliki oleh minda ingin mempunyai kekuatan minda yang optima. Mereka memperkasakan kekuatan mental mereka dengan mengamalkan pelbagai teknik dan kaedah yang popular di dalam pengamalan kuasa minda seperti affirmasi, visualisasi dan meditasi.


Di dalam mereka menguruskan dan menjana potensi diri melalui elemen kekuatan minda, ramai pengamal ini yang tidak tahu bagaimana mengurus dan menjana satu lagi kuasa potensi diri iaitu Kuasa Emosi. Emosi yang tidak sihat akan menganggu potensi minda. Emosi yang adalah “luka” akan merendahkan kemampuan minda. Malahan emosi yang negatif menghasilkan fikiran yang negatif dan seterusnya akan memancarkan tenaga atau energi yang tidak sihat pada pesekitaran tubuh badan seseorang individu.



Ramai perokok tidak sedar bahawa mereka merokok untuk menghilangkan PERASAAN seperti GEMENTAR, GUGUP, TEKANAN dan beberapa emosi negatif yang lain. Ramai penagih ALKOHOL ingin menghilangkan RASA STRES dan KEBOSANAN yang mereka lalui setiap hari dengan meminum berbotol-botol alkohol.

Orang tertekan dan kemarahan selalu menjadikan habit makan sebagai penghilang kemarahan dan tekanan yang dihadapinya. Tanpa sedar habit ini boleh memberi impak kepada kesihatan dan berat ideal tubuh badan dirinya sendiri. Malahan PERASAAN dan EMOSI takut, runsing dan marah hanya menghasilkan corak fikiran dan cara berfikir yang sangat NEGATIF.

TETAPI berapa ramai yang menguruskan dan memberi perhatian kepada EMOSI mereka?

Maxwell Maltz di dalam buku terkenal beliau “PSYCHO-CYBERNETICS” ada menyentuh dengan mendalam bagaimana MASALAH EMOSI merendahkan kemampuan dan potensi diri seorang individu.

“Anda tidak dapat melihatnya; tetapi ini sangat menyakitkan. Anda tidak boleh merasakannya; tetapi ia boleh membuat perut pedih dan jantung berdebar-debar. ‘Parut’ ini boleh menimbulkan pening kepala, perut mual, tidak boleh tidur dan gangguan lainnya.



‘Parut Emosi’ lebih dalam daripada parut fizikal dan lebih sulit dihilangkan. Parut ini menimbulkan lingkaran kemusnahan perasaan negatif yang tidak pernah berakhir, sampai Anda bertekad menyembuhkan luka tersebut”

-Maxwell Maltz-

Kecerdasan Emosi (EQ) sahaja tidak cukup untuk menguruskan emosi anda. Anda perlu tahu kaedah dan cara menguruskan emosi anda dengan betul.

Hari ini media utama melaporkan penyakit mental di Negara ini mencatatkan peningkatan jumlah individu yang mendapatkan rawatan masalah mental. Statistik menunjukkan seramai 379,010 individu mendapakan rawatan sebagai pesakit luar psikiatri di hospital kerajaan.

Kerana itu saya TEKANKAN BAHAWA emosi perlu diurus dan dikendalikan dengan betul. Setakat hanya mengenali kekuatan minda tanpa diandal dengan kekuatan dan potensi emosi ibarat kita berjalan dengan ‘sebelah kaki’. Kerana itu ramai pengamal kuasa minda gagal mencapai apa yang mereka inginkan kerana mereka melupakan satu lagi senjata yang tidak diurus dan dikendalikan dengan betul.

No comments:

Post a Comment