Sunday, February 28, 2010

“Momok”

Mungkin kita biasa mendengar ayat seperti dinyatakan di atas digunakan oleh ibubapa untuk “menakut-nakutkan” anak kecil mereka. Tujuannya samada untuk mengelakkan anak kecil tersebut melakukan pekara yang mereka tidak diingini atau menghalang anak kecil mereka pergi ke suatu tempat yang merbahaya.

Kerana anak kecil tidak tahu berfikir, mereka akan menerima “ayat” atau “kepercayaan” yang disebut berulang-ulang kali itu hingga anak kecil tersebut takut mendengar perkataan “momok”. Samada mereka ketakutan setiap kali disebut perkataan “momok” atau mereka lari ke arah ibubapa mereka.

Bagaimanapun apabila anak kecil itu semakin membesar, “kesan” perkataan momok akan semakin hilang kerana kesedaran logik dan memahami yang ayat tersebut hanya sekadar satu “helah” oleh ibubapa mereka untuk menakut-nakutkan mereka semasa kecil.

Tetapi apabila kita sekolah, kepercayaan atau “momok” yang baru pula muncul. Yang paling kerap dimomokkan adalah “matapelajar matematik memang susah lah” atau “matapelajaran sains memang sukar untuk lulus”. Ini momokan yang selalu diulang-ulang dalam masyarakat orang dan pelajar Melayu. Momokkan ini sangat popular sekitar tahun-tahun 80an. Bagaimanapun pendedahan dan semakin banyak pelajar melayu yang mula berjaya dan mendapat keputusan yang baik di dalam matapelajar tersebut, orang melayu mula sedar bahawa kepercayaan tersebut hanyalah satu “momokkan” untuk orang melayu itu sendiri. Ia hanya sekadar satu PERSEPSI yang salah tentang kemampuan atau POTENSI DIRI seseorang individu.

Apabila tamat persekolahan, muncul momokkan baru lagi.



“Eh..kau nak berniaga Mar?..engkau nak mampus rugi?..belajar tinggi-tinggi baik engkau kerja je. Dapat gaji tetap lagi”.

Melayu dimomokkan dengan kepercayaan bahawa “orang melayu tidak boleh berniaga” dan “orang melayu tidak ada bakat berniaga”. Peniaga melayu menjadi “ketakutan” apabila memasuki satu-satu perniagaan (seperti kanak-kanak kecil yang lari ketakutan apabila disebut nama “momok’ tadi). Bagaimana peniaga melayu mahu berjaya dalam perniagaan?

Bagaimanapun, selepas seorang demi seorang usahawan melayu berjaya dan mula membuktikan kejayaan dalam dunia perniagaan, momokkan ini semakin pudar. Orang melayu baru sedar, sebenarnya perniagaan itu merupakan satu kemahiran. Ia boleh dipelajari dan tidak “dipatenkan” hanya untuk sesuatu kaum sahaja. Ia hanya satu PERSEPSI minda dan momokan yang dibuat-buat sahaja (mungkin oleh penjajah British masa zaman penjajahan dahulu supaya orang melayu hanya menumpukan pada pertanian sahaja) .

Maka..apa sebenarnya yang ingin saya kongsikan? …Ya..di dalam minda atau pemikiran seseorang individu itu tersimpan ratusan hingga ribuan PERSEPSI yang telah menjadi “momok” menghantui dan menjadi penghalang kejayaan dan kemampuan potensi yang kita miliki. Jika semasa kita kecil momok yang ibubapa sebutkan itu mempunyai tujuan yang tertentu, begitu juga tentang “matematik dan sains sebagai matepelajaran yang susah” juga hanya satu momokkan yang mungkin punya tujuan yang tertentu untuk melemahkan orang melayu. Begitu juga dalam bidang perniagaan. Mungkin ada tujuannya atau mungkin persepsi orang dahulu yang selalu gagal dalam bidang tersebut. Tetapi apa yang kita kena ketahui adalah ia hanyalah satu PERSEPSI minda yang salah.

Dan samada anda sedar ataupun tidak, terdapat pelbagai lagi PERSEPSI yang salah telah menjadi pengahalang kejayaan seseorang individu. Baik dalam bidang pendidikan, perniagaan, kewangan, kesihatan, pembangunan diri dan sebagainya. “Momokan” ini sebenarnya hanya satu “khayalan” menghuni di dalam minda kita. Kita yang menjadikannya satu realiti dan “hidup” dalam kehidupan kita . Makin kita sedar, makin kita tahu samada momokkan itu benar atau hanya “mainan” orang dahulu yang hanya menghalang kemajuan potensi yang kita miliki. Malahan kita akan ketawa dan tidak percaya bahawa “momokkan” begini boleh menghalang kejayaan kita.



Kerana itu kita kena mengenali dan mengetahui apakah yang berada di dalam minda kita supaya jangan kita gagal akibat “momokan” yang hanya ilusi dan khayalan itu. Bentuk suatu kesedaran minda/mindset yang positif tentang suatu pekara yang ingin kita lakukan supaya kita lebih mudah berjaya.



Amar Mahmood







No comments:

Post a Comment