Sunday, February 28, 2010

Saikologi Untuk Berjaya: KUASA IMAJINASI

Sepanjang pengalaman saya mengenal dan mendalami mereka yang berjaya di dalam kehidupan, kebanyakan mereka mempunyai satu ciri penting yang menyebabkan mereka mencapai sesuatu yang tidak difikirkan oleh orang lain. Atau mereka mencapai sesuatu yang lebih besar dari orang lain.



Ciri tersebut adalah BERIMAJINASI dan BERMIMPI.



Bermimpi ibarat “adik-beradik” dengan matlamat. Cuma matlamat lebih jelas, logik dan konkrit berbanding bermimpi atau berimpian. Tetapi, bermimpi dan berimajinasi akan membesarkan keinginan anda, meluaskan ruag lingkup pemikiran anda dan seterusnya meningkatkan KEMAMPUAN dan POTENSI DIRI anda.



Orville dan Wilbur Wright berimajinasi bagaimana manusia mempunyai sayap untuk terbang sebelum mencipta kapal terbang. Graham Bell selalu membayangkan bagaimana seorang individu boleh bercakap dengan individu yang lain sejauh ratusan kilometer sebelum mencipta telepon. Seorang arketik perlu meimajinasikan bentuk dan struktur rumah atau sebuah bangunan yang ingin dibina sebelum arketik tersebut dapat melukiskan dan menterjemahkannya ke atas sehelai kertas. Malahan ramai atlet-atlet dunia menggunakan kuasa imajinasi mereka untuk meningkatkan kemampuan dan prestasi mereka.



Imajinasi adalah bahasa minda. Imajinasi menjadikan otak semakin kreatif. Apa yang anda imajinasikan atau gambarkan di dalam minda anda akan memaksa minda separa sedar anda menjalankan kerja untuk mnrealisasikan gambaran-gambaran yang anda hantarkan tersebut. Makin kerap anda membina imajinasi anda, makin kreatif dan makin kuat POTENSI KEKUATAN MINDA anda.



Jutaan orang yang berjaya membina kejayaan mereka dengan menggunakan potensi dan kuasa imajinasi mereka. Tetapi…imajinasi ada cara dan seninya. Kita perlu belajar dan memahami bagaimana membina daya imajinasi yang kuat dan mampu berkerja untuk diri kita.

No comments:

Post a Comment