Sunday, February 28, 2010

“Belajar” adalah kerja Otak

Baik ia seorang guru yang mengajar mahupun ia seorang pelajar yang sedang belajar, memahami dan mengetahui cara yang betul mengendalikan, menjaga, mengurus dan menggunakan otak akan memaksimakan kemampuan dan potensi kekuatan yang dimiliki oleh otak dan minda. Ini kerana belajar adalah satu dari pekerjaan otak.



Jika anda sedang mengangkat sebuah kotak yang berat atau anda sedang memotong sebatang kayu, anda besar kemungkinan menggunakan kekuatan fizikal dan kekuatan anggota badan seperti tangan dan kaki anda. Tetapi apabila anda sedang belajar, anda sedang menggunakan kemampuan dan potensi otak yang anda miliki.



Seorang pelajar yang sedang membaca akan menggunakan otaknya untuk memahami dan mengingati maklumat dan pengetahuan yang sedang dia proses. Jika ia sedang menyelesaikan satu masalah matematik, ia juga sedang menggunakan otaknya untuk mendapatkan jawapan dari permasalahan tersebut. Begitu juga jika pelajar tersebut sedang memberi tumpuan pada satu sesi pembelajaran mahupun pembacaan. Pelajar tersebut sedang menggunakan kekuatan dan kemampuan otaknya. Apatah lagi jika pelajar itu sedang menghadapi peperiksaan?



Sudah tentu pelajar tersebut akan menggunakan otaknya untuk mengeluarkan segala ilmu dan pengetahuan yang dimilikinya di dalam otaknya.



Cuba anda bayangkan jika anda membeli sebuah Handphone terbaru yang bernilai ribuan ringgit dan anda berikan kepada datuk anda sebagai hadiah kepadanya. Saya percaya yang datuk anda akan hanya menggunakan HP tersebut untuk menerima dan membuat panggilan sahaja. Pada hal, HP tersebut adalah keluaran terbaru yang memiliki pelbagai fungsi yang sangat besar. Tetapi jika HP tersebut diberikan kepada adik anda yang berusia belasan tahun. Saya percaya , adik anda akan menggunakan pelbagai fungsi yang dimilki oleh HP tersebut dari pada membuat penggilan , sms, mengambil gambar, askes ke internet dan sebagainya. Maka adik anda telah menggunakan potensi yang dimiliki oleh HP tersebut kerana ia mempelajari dan memahami cara pengendalian, penjagaan, dan menggunakan HP tersebut.



Apatah lagi bagi otak yang tidak ternilai harga yang kita dimiliki ini?



Kerana itu mengetahui cara dan kaedah yang betul menggunakan otak dan mengendalikan otak akan membantu pelajar tersebut mendapatkan hasil yang terbaik dari satu potensi besar yang dimiliki oleh seorang manusia. Cara yang betul merehatkan otak, cara yang betul memasukkan maklumat untuk dijadikan memori jangka panjang, cara yang betu memberi tumpuan pada sesuatu subjek dan cara yang betul melakukan latihan-latihan yang akan meningkatkan kemampuan tidak terbatas yang dimiliki otak dan seterusnya memberi kebaikan dan manfaat yang tak terhingga kepada individu tersebut.



Kerana itu, kenalilah otak anda supaya anda dapat mengendalikan dan mendapat manfaat terbaik dari kehebatan anda sendiri.

No comments:

Post a Comment