Sunday, February 28, 2010

Saikologi Kejayaan: :”The Art of Character Building”

Sejurus saya memberitahu bahawa saya melancarkan pusat latihan AL QUDRAH minggu lepas, saya menerima email yang bertanyakan tentang signifikan saya memasuki lapangan Pembangunan Insan yang menawarkan program yang khusus untuk pelajar dan remaja pada hal sebelum ini saya banyak mengendalikan kursus untuk orang dewasa. Kenapa tidak saya hanya mengkhusus kepada golongan atau kelompok pasaran orang dewasa?




Sebenarnya, semasa saya mengendalikan program atau kursus untuk golongan orang dewasa (kebanyakan lingkungan umur di atas 25 tahun) seperti kursus ”Mind Power”, KAMK dan program pengurusan emosi-EFT, saya mendengar dan menerima banyak isu–isu kejayaan, kegembiraan dan kemakmuran yang dibatasi oleh masalah atau isu minda dan emosi. Masalah takut gagal, rendah diri, perasaan malu/segan keterlaluan, tidak mempunyai matlamat yang jelas, trauma emosi, tekanan perasaan, emosi yang tidak stabil dan seribu satu lagi isu kehidupan yang hampir kebanyakannya dihadapai oleh peserta bukannya dihadapi atau disedari baru hari ini. Bahkan bukan baru setahun dua mereka menghadapi masalah tersebut. Kebanyakannya adalah semenjak dari mereka berusia beberapa tahun hingga ke belasan tahun umur lagi. Cuma mereka tidak tahu atau sedar BAHAWA masalah tersebutlah yang menjadi penghalang BESAR kejayaan dan kemakmuran yang mereka cari di dalam kehidupan mereka sehingga hari ini.



Selain itu semasa saya bekerja dahulu, saya berpengalaman mengendalikan ratusan sesi temuduga. Saya bertemu ratusan graduan dan lepasan persekolahan yang mencari peluang pekerjaan. Isu terbesar yang membezakan mereka yang berjaya di dalam temuduga tersebut selalunya bukan ditentukan oleh kelayakan. Tetapi selalunya ditentukan oleh “apa yang dipersembahkan” kepada kami-penemuduga. Kebanyakan “interviewee” mempunyai kelayakan dan pengalaman yang hampir sama. Tetapi faktor keyakinan, sikap dan pembawakan si “interviewee” akan menentukan kejayaan mereka. Malahan saya perhatikan perbezaan ketara ADALAH LEBIH BESAR antara calon melayu dengan calon bangsa lain terutamanya pada sikap , keyakinan atau karakter mereka terutamanya apabila menjawap soalan-soalan dari penemuduga.



Di dalam bidang saikologi kehidupan manusia, umur dari 0 hingga sekitar 12 tahun adalah SANGAT PENTING kerana berlaku pembentukan nilai-nilai penting yang akan dibawa oleh seseorang individu ke dalam kehidupan mereka. Nilai kehidupan seperti sabar, jujur, ikhlas, harga diri, disiplin diri dan banyak lagi “self-concept” yang sangat berkesan dipupuk dalam lingkungan umur tersebut. Selepas itu, nilai diri tersebut akan berkembang menjadi mindset atau kepercayaan yang lebih luas. TETAPI “core value” yang terbentuk semasa seseorang individu tersebut berumur sebelum mencecah belasan tahun adalah sangat penting (sila rujuk artikel saya sebelum ini : Pembangunan Minda: Bagaiman manusia bertindak di dalam kehidupan mereka).



Perubahan “core value” berlaku hanya apabila pertembungan kepercayaan baru yang lebih kuat dihadapi oleh individu tersebut.



Nota.



Kerana itu apabila saya membangunkan pusat latihan AL QUDRAH, saya mensasarkankan beberapa modul khusus yang didesain untuk membangunkan keperibadian atau karakter (character building) seseorang individu baik secara fizikal, mental, emosi mahupun kerohaniannya yang boleh sukses bukan sahaja semasa atau setakat akademik tetapi juga selepas mereka menceburi realiti kehidupan sebenar.Kerana itu sudah tentu program sebegini lebih baik dijuruskan kepada golongan pelajar atau remaja. Ini kerana jika dibandingkan dengan orang yang sudah dewasa, mindset atau kepercayaan yang dipegang di dalam diri mereka adakah sangat kukuh. Selain itu terlalu banyak kepercayaan-kepercayaan kecil yang menyokong “core value’ yang dimiliki oleh seseorang individu berdasarkan situasi atau pengalaman kehidupan mereka.



Kerana itu anda dapati semakin berusia seseorang individu itu,semakin sukar kita ingin mengubah sikap, karakter dan kepercayaan yang dimiliki mereka. TETAPI JIKA KITA MEMAHAMI CARA MINDA dan EMOSI berkerja…Insya Allah segalanya masih mungkin diubah dan diprogramkan semula.



Lantaran itu saya membangunkan program “AKU SUKSES” iaitu satu program yang khusus dalam membentuk keperibadian seorang yang berjaya yang saya khususkan buat sementara waktu ini kepada golongan remaja dan pelajar. Harapan saya, dengan kesedaran yang dimilik semasa menghadiri program tersebut, disamping cara dan kaedah yang betul yang mereka pelajari di dalam memprogramkan minda mereka, insaya Allah perubahan sikap dan karakter dapat diperolehi dengan lebih cepat dan mudah. Apa yang penting selepas itu mereka mengetahui apakah resepi dan kepercayaan yang perlu mereka miliki untuk menghasilkan sikap dan karakter untuk sukses.



Salam kemakmuran..



AMAR MAHMOOD

AL QUDRAH Training & Consultancy

Coach/Speaker

No comments:

Post a Comment