Sunday, February 28, 2010

Siapa lebih cerdas dan pandai?

Siapakah yang lebih cerdas atau pandai di antara M. Nasir dengan Dr Sheikh Muszaphar (Angkasawan Negara)? Siapakah yang lebih bijak antara P. Ramlee dengan seorang Profesor Matematik di sebuah Universiti? Jika dibandingkan dengan Datuk Nicol David dan Datuk Tony Fernandes, siapakah yang lebih cerdas mindanya?

Dan di antara seorang pelajar yang mencapai kecemerlangan di dalam sukan dengan seorang yang mencapai kejayaan dalam bidang pelajaran, siapakah yang lebih hebat?

Saya tahu kebanyakan kita mempunyai jawapan yang mudah. Kerana kita diberitahu semenjak dahulu ; kebijakan dan kepandaian diukur pada kecerdasan intelek (IQ) sahaja. Jadi siapa yang tidak berjaya dari segi inteleknya, akan dikatakan sebagai lembab atau kurang bijak. Betul ke begitu?

Sebenarnya perbandingan itu adalah salah. Manusia dilahirkan dengan setiap dirinya mempunyai kecerdasan yang tersendiri (bergantung pada penggunaan minda yang dimilikinya). Mungkin Sasterawan Negara Datuk S Samad Said kurang mahir dalam matematik…tetapi adakah beliau boleh dikatakan kurang cerdas dalam mindanya?

Berikut adalah jawapan untuk semua soalan di atas:-

Menurut Daniel Goleman (Pakar Psikologis), Kecerdasan Intelek hanya menyumbang lebih kurang 5 hingga 10 peratus sahaja kepada kejayaan hidup. Malahan kajian umum menunjukkan mereka yang mencapai IQ yang sangat tinggi selalunya kurang Berjaya dalam pelbagai bidang kehidupan. Pelik bukan?

Berikut adalah jenis-jenis kecerdasan yang dimiliki oleh manusia. Kemungkinana senarai ini bertambah apabila semakin maju kajian dalam bidang ini. Anda jangan risau jika anda tidak bijak dalam matematik atau sains. Mungkin anda mempunyai kecerdasan di dalam bidang yang lainnya.

Terdapat 7 kecerdasan dan kemahiran Berfikir Perlu Dikembangkan (setengah mengatakan 8 kecerdasan)? Jebih baik jika kecerdasan ini dapat diseimbangkan untuk memberi kebaikan pada seseorang individu. Tetapi pastinya seseorang individu mempunyai kecerdasan yang tertinggi pada sesuatu kemahiran. Dan jika anak anda kurang pencapaiannya dalam pelajaran, jangan dimarahi atau diperbodohkan mereka. Mungkin mereka mempunyai kecerdasan pada pekara yang lain.

Berikut adalah Tujuh Kecerdasan tersebut

Menurut Howard Gardner (1983), seseorang mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan berikut:

Kecerdasan - Kebolehan dan Pekerjaan

1. Bahasa/Lingkustik :Menulis karangan, sajak, puisi, pantun dan memberi ucapan.

Pekerjaan :Penulis, penyajak, penceramah

2. Logik/Matematik : Statistik, Mengira, membuat analisis

Pekerjaan : Saintis, Jurutera, Akauntan

3. Visual (Imaginasi) :Mencorak, melukis, mengukir

Pekerjaan :Pelukis, Pengukir, Arketik

4. Muzik : Mencipta lagu, menyanyi, menikmati muzik, memainkan alat muzik

Pekerjaan : Pencipta lagu, Penyanyi, Pemain alat muzik,

5. Kinestatik/Jasmani :Gerakan, tarian, lakonan, sukan, permainan Atlet,



Pekerjaan : Pemain bola sepak, Peninju, Penari,, Pelakon.

6. Interpersonal : Perhubungan manusia

Pekerjaan : Diplomat, ahli politik, peniaga

7. Intrapersonal : Nilai murni, pendirian, falsafah



Pekerjaan : Pengarang, penyajak, ahli falsafah

Ini belum dimasukan dengan kecerdasan emosi (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ),

No comments:

Post a Comment