Sunday, February 28, 2010

Memahami Buku RAHSIA MINDA JUTAWAN

Walaupun telah hampir 3 tahun buku ini diterbitkan oleh PTS Publication, sehingga hari ini saya masih menerima banyak respon dan reaksi positif pembaca mengenai buku ini. Kebanyakan respon tersebut dikirimkan melalui email. Jika diberi peluang, saya mahu memaparkan kebanyakan email yang telah dikirimkan tersebut. Tetapi apakan daya, ia bertaburan di dalam peti email saya. Insya Allah akan saya usahakan untuk mengumpulkan semula satu persatu kiriman tersebut sebagai satu testimoni yang jujur disampaikan oleh pembaca buku tersebut. (terima kasih kepada mereka yang telah sudi mengirimkan perasaaan dan pandangan tersebut. Saya hargai kiriman tuan/puan)

Hari ini, saya ingin melakukan sedikit kupasan disebalik apa yang terisi di dalam buku tersebut. Mungkin sudah agak terlambat saya mengupas buku ini, tetapi pengalaman berdepan dan bertemu dengan ramai individu yang menceritakan tentang buku ini menyebabkan saya termotivasi dan teringin menulis sedikit informasi yang bermain-main di dalam fikiran saya yang mungkin dapat dicatatkan di sini.

Artikel ini bagi mengulas lanjut isi dan membedah kandungan buku ini terutama bagi mereka yang masih belum dapat memahami inti sebenar di sebalik buku ini. Pepatah Inggeris mengatakan “don’t judge a book by its cover”.

Asalnya buku ini dicadangkan kepada PTS atas kandungan dan tajuk tentang KUASA dan POTENSI MINDA. Bagaimanapun atas beberapa sebab; terutama kerana sudah terdapat buku yang diterbitkan di oleh PTS yang mempunyai skop dan subjek yang sama, saya terpaksa menghantar kembali proposal baru buku tersebut TETAPI tetap saya KEKALKAN dan menekankan subjek Pembangunan Mindset dan Potensi Minda sebagai INTI dan SUBJEK yang ingin saya sampaikan kepada pembaca.

Walaupun buku tersebut bertajuk “Rahsia Minda Jutawan“, SEBENARNYA ia adalah sebuah buku yang mengupas dan menyampaikan perkongsian tentang subjek PEMBANGUNAN MINDA dan PERUBAHAN MINDSET. Walaupun perkataan JUTAWAN terpampang dihadapan buku tersebut; sebenarnya perkataan JUTAWAN itu sendiri hanya disentuh beberapa kali sahaja di dalam buku tersebut. Keseluruhan buku tersebut LEBIH menekankan tentang kepentingan membangunkan dan membentuk mindset SERTA potensi yang dimiliki oleh minda.

Kerana itu bagi mereka yang masih belum berkesempatan untuk membaca buku tersebut akan mengatakan buku tersebut sekadar buku untuk menjadi jutawan seperti yang sedang hangat bergelora di bumi Malaysia ini. Tetapi bagi yang sudah membaca buku tersebut dan memahaminya pasti mengetahui bahawa buku tersebut adalah satu perkongsian ilmu tentang pembentukan mindset untuk SUKSES terutama di dalam subjek kemakmuran.

Kerana itu buku ini banyak saya gunakan dan kupas terutama untuk program-program mengenai peningkatan kecemerlangan, transormasi diri dan pembangunan diri. Malahan, ramai yang telah membacanya mengatakan mereka rasa puas hati, bersemangat dan termotivasi untuk mengejar kejayaan dan impian yang mula hadir di dalam imaginasi di minda mereka.

No comments:

Post a Comment