Sunday, February 28, 2010

Otak kiri-Otak kanan & “Whole Brain” : Evolusi Kecerdasan Manusia (Part 2)

Semenjak zaman batu hingga awal tahun 1900, manusia bertarung dan beradu kekuatan dengan menggunakan hanya berdasarkan kekuatan dan kecerdasan jasmani atau fizikal. Siapa yang lebih gagah fizikalnya, siapa yang lebih kuat tenaganya akan dipandang tinggi dan dimuliakan di dalam masyarakat. Terutamanya dari dunia sebelah barat yang menggunakan kemampuan fizikal dan kecerdasan jasmaninya untuk menakluki dan menunjukkan kegagahan mereka.

Walaupun, perkembangan ilmu dan pengetahuan mula berkembang dari tamadun dunia seperti dari timur tengah, tetapi ia berkembang dengan agak terbatas dan pelahan kerana faktor logistik dan perhubungan yang sangat kuno pada masa tersebut.

Bagaimanapun, selepas diperkenalkan oleh William Stren, Kecerdasan Intelek (IQ) telah berjaya menarik perhatian oleh masyarakat dunia terutamanya sebelah barat. Sekitar tahun 1918, Amerika Syarikat telah mula memperkenalkan ujian IQ secara umum bagi calon tenteranya. Banyak bentuk ujian dalam menentukkan kecerdasan intelek seseorang individu diperkenalkan. Ujian IQ ini mula menghantui sesetengah pelajar ketika ingin memilih kerjaya mereka.

Di Negara-negara maju, IQ dijadikan “batu pengukur” tentang kepandaian dan kebijaksanaan seseorang inidivdu. Semakin tinggi IQ nya semakin tinggi penghormatan dan dipandang tinggi dalam masyarakat terutama dalam bidang akademik. Berlaku lonjakan kenaikan dalam tahap IQ secara mendadak kesan dari kemajuan makanan (terutamanya vitamin) dan juga penghasilan permainan yang mengguji keupayaan minda intelek seperti game dan puzzle iaitu satu cara mengasah kecerdasan intelek atau otak kiri.

Malahan berlaku gelombang perubahan dunia pendidikan apabila, matematik dan sains menjadi alat penggukur kecemerlangan pelajar. Mata pelajaran seperti lukisan, seni, kreativiti dan sastera mula dipandang rendah oleh masyaraka t akademik.

Bagaimanapun, selepas dunia menghadapi situasi yang semakin banyak masalah dan penyakit yang berkaitan dengan sosial dan psikologi, Kecerdasan emosi (EQ) dan Kecerdasan Kerohanian (SQ) muncul dan diperkenalkan di alaf baru 2000. Danial Goleman , Danah Zohar dan Ian Marshall adalah antara orang yang memperkenalkan istilah-istilah baru kecerdasan ini.

Apa yang menarik adalah manusia mula diukur kehebatan dan kecemerlangan bukan sekadar ketinggian inteleknya tetapi perlu punya kecerdasan emosi dan kefahaman kerohanian yang tinggi. Istilah baru ini mula dibawa masuk ke dalam dunia dunia korporat dan kepimpinanan. Dunia mula mencari “model-model” baru yang mempunyai kemampuan yang lebh holistik. Ujian kelayakan dalam perkerjaaan mula diubah iaitu bukan setakat ujian IQ tetapi juga melihat kemampuan kematangan emosi, interpersonal, kreativiti dan sebagainya (kecerdasan dari otak kanan).

Apa yang perlu anda ketahui adalah, evolusi kecerdasan manusia ini berlaku kesan dari perkembangan dan pengetahuan terbaru tentang komposisi atau komponen yang dimilki oleh otak manusia. Ahli pembanguanan diri dan psikologis mula mengetahui yang pengunaan kedua-dua otak yang seimbang dan menyeluruh akan memberi kesan yang baik pada tahap kecerdasan manusia secara holistik dan seimbang (coherent).

Konsep “Whole Brain Technology” diperkenalkan oleh Ned Hermann adalah konsep penggunaan otak yang lebih menyeluruh dan telah mendapat sambutan yang hebat dalam masyarakat dunia. Masyarakat akademik mula mengiktiraf penggunaan “whole brain” di dalam melahirkan pelajar dan insan yang lebih berjaya, cerdas dan cemerlang di dalam pelajaran. Jika sebelum ini , pendidikan hanya menumpukan pada penggunaan otak kiri seperti logik, matematik, sains dan sebagainya, kaedah-kaedah baru mula dibangunkan untuk membantu pelajar dan individu cemerlang baik dalam pelajar mahupun pendidikan dengan mengabungkan penggunaan otak kanan dalam sistem pendidikan.

Tony Buzan adalah pakar penggunaan otak yang telah memperkenalkan dan membawa konsep “whole brain” dalam buku-buku dan kursus yang dijalankannya. Mind Maps adalah satu kaedah “whole brain” yang paling popular digunakan dalam dunia pendidikan hari ini dengan menggunakan gambar, warna dan kreativiti dalam meningkatkan potensi otak. Malahan “Accelerated Learning” dan “Quantuam Learning” juga mula menggunakan muzik dan irama sebagai satu kaedah dalam pembelajaran mereka.

Bersambung…….

No comments:

Post a Comment