Sunday, February 21, 2010

Kuasa Minda

Perbezaan antara manusia biasa (ordinary person) dengan manusia luar biasa (a genius) adalah manusia biasa tidak tahu apakah yang ada pada MINDA SEPARA SEDAR-nya, TETAPI manusia hebat/genius (a genius) telah menggunakan pengetahuan tersebut.”

Imam Jafar Sadiq (as)

Reference: The Great Muslim Scientist and Philospher,


Segala hal yang pernah dicapai manusia pastilah bermula dari pemikiran. Albert Einstein memiliki kekuatan fikiran yang membawa kepada penciptaan bom atom ke tengah peradaban dan mengakibatkan perubahan secara total bagi umat manusia (Einstein memperkenalkan teori atom kepada dunia). Adolf Hitler bermatlamat untuk melahirkan satu bangsa yang paling unggul dan hampir merosakkan dunia. Manakala Beethovan memiliki gambaran-gambaran muzik luar biasa di otaknya yang telah menghadirkan karya muzik hebat iaitu 5th Symphony.

Jadi…apakah yang ada sebenarnya ditawarkan oleh otak dan pemikiran kepada manusia dan kehidupan?

Ia mempunyai pelbagai FUNGSI, KEMAMPUAN dan KEKUATAN. Sudah pasti manusai itu tidak mampu merungkai setiap apa yang mampu disediakan untuk manusia. Ia sebuah kekuatan yang boleh menjadi LUAR BIASA Kekuatan yang mampu MEMBANGUNKAN SATU TAMADUN atau MAMPU MEMUSNAHKAN SATU KEHIDUPAN.

KEKUATAN dan KUASA yang dimiliki oleh MINDA mempunyai pengaruh yang sangat besar ke atas kehidupan manusia mahupun pada tubuh badan individu itu sendiri. Dengan demikian, ia mampu digunakan untuk meningkatkan dan memperbaiki kualiti kehidupan yang kita lalui setiap hari.

Sebuah kajian yang telah diketahui dan tersebar hampir seluruh dunia tentang kekuatan minda manusia mendapati bahawa kebanyakan manusia hanya menggunakan sekitar di bawah 10% saja dari kapasiti kemampuan otak masing-masing. Manakala orang yang berjaya pula telah menggunakan lebih dari 10% dari kapasiti kemampuan fikirannya. Mereka ini telah berjaya mengaktifkan kekuatan fikirannya.
Otak manusia mempunyai struktur dan fungsi yang sangat kompleks dan belum habis untuk diketahui. Malahan kajian terbaru menganggarkan angka peratusan yang lebih kecil kegunaan secara puratanya oleh individu biasa iaitu sekitar 3-5% sahaja kekuatan otak.
Otak adalah Super-Komputer ciptaan Tuhan yang sebenarnya jauh lebih canggih dari komputer mana-mana buatan manusia. Bersyukurlah kita…. ini karena otak memungkinkan manusia dapat memilih sendiri keputusannya sebelum melakukan suatu pemikiran dan tindakan, dimana pemikiran dan tindakan tersebut akan menghasilkan pancaran energi tertentu ke alam semesta.

Malangnya, ramai individu tidak mengenali dan tahu menggunakan kemampuan dan kekuatan yang mereka miliki. Malahan POTENSI TERPENDAM ini TERBIAR, TERABAI dan DILUPAKAN. Manusia menjadikan ciptaan Tuhan Yang Maha Esa ini seperti tidak wujud dalam kehidupan mereka.
Berikut adalah beberapa manfaat yang anda boleh perolehi apabila anda MEMBANGKITKAN dan MENJANA kemampuan POTENSI MINDA anda! :-

»

» Meningkatkan keyakinan dan kemampuan diri untuk berjaya dalam apa sahaja bidang yang diceburi.

» Mampu mengubah tingkah laku dan sikap yang negatif.

» Meningkatkan kualiti AURA dan PERSONALITI diri anda (lebih berkarisma dan “attractive”).

» Meningkatkan kemampuan dalam diri anda. Meningkatkan kecerdasan otak dan daya pemikiran anda.

» Menjana dan meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan yang lebih baik.

» Mencapai impian dan matlamat “BESAR” yang sebelum ini MUSTAHIL untuk anda capai.

» Meningkatkan situasi kewangan walauapa sahaja situasi yang sedang anda hadapi.

» Lebih berkeyakinan unutk menghadapi kehidupan anda pada hari-hari yang mendatang.

» Dan banyak, banyak lagi…….

BANGKITKANLAH KEMAMPUAN POTENSI MINDA ANDA SEKARANG! ….kerana apa yang ada di dalam minda anda atau apa yang anda fikirkan HARI INI akan menjadikan diri anda ESOK HARI. Lebih banyak anda memikirkan masalah anda atau lebih kerap anda memikirkan kemiskinan hidup anda; semakin kuat anda membawa diri anda kepada pekara yang anda fikirkan itu. Apa yang anda nampak di dalam minda anda akan di manifestasikan kepada dunia realiti anda!

Nota:-
Amar Mahmood adalah “Mind Power Trainer” dan Jurulatih Pembangunan Minda. Beliau merupakan “Practitioner of Neuro Semantics-NLP” dari The International Society of Neuro Semantics (ISNS). Selain itu beliau juga adalah pengamal Hipnosis dan Time Lines disamping menguasai teknik-teknik kuasa minda seperti dari aliran Silva Mind Control Method. Kebanyakan kursus, workshop dan konsultasinya merangkumi pendekatan sains minda ini.

No comments:

Post a Comment