Sunday, February 28, 2010

Surat Pembaca : SUBLIMINAL

Saya ingin mengetahui tentang CD Subliminal dan teknologi gelombang bunyian alam @ muzik . Apa pendapat tuan tentang penggunaan teknologi tersebut? Adakah terdapat di Malaysia CD tersebut?

Subliminal Message adalah dibangunkan dari teknologi gelombang bunyi atau “brainwave”. Asalnya bermula dengan mengguna muzik sebagai terapi. Kaedah ini dikembangkan dengan membangunkan pula teknologi frekuansi pada otak. Mengikut kajian pakar neurologi, pada tahap gelombang frekuansi tertentu, ia akan mempengaruhi gelombang minda seseorang individu. Justeru, pendekatan muzik dan frekuansi telah disatukan untuk mendapatkan tahap gelombang minda yang tertentu pada otak seperti gelombang Alpha, Theta mahupun Delta. Selalunya teknologi ini dipanggil Bianural Beat dengan juga mempunyai beberapa lagi jenis teknologi dan garapan yang sedikit berbeza.



Melalui kaedah inilah muncul pula kaedah Subliminal Message. Iaitu kaedah brainwave yang saya sebutkan di atas tetapi telah di “embedded” atau “dimasukkan secara tersembunyi” ke dalam muzik tersebut dengan message yang tertentu atau ayat-ayat tertentu untuk tujuan yang pelbagai iaitu dari memprogramkan mindset hingga kepada manipulasi kepada individu yang ditujukan.



Subliminal Message memang sangat popular di barat terutamanya di bidang pembangunan diri dan pengiklanan. Tetapi di Malaysia ia masih kurang dikenali. Kebanyakan yang kerap menggunakan kaedah ini hanyalah dari bidang pengiklanan.



Di Malaysia, kita tidak ada syarikat yang mengeluarkan teknologi ini. Hanya sebuah syarikat yang menjadi pengedar dari syarikat luar Negara. Masalahnya, subliminal messagenya menggunakan bahasa Ingggeris yang masih menjadi perbincangan pada para pengkaji teknologi ini tentang kebekesanan pada individu yang bukan menggunakan bahasa ini sebagai medium utama. Hanya terdapat beberapa individu tertentu sahaja yang mengeluarkan CD Subliminal ini dalam bentuk yang kecil.



Subliminal Message (terutama yang menggunakan secara besar kaedah frekuansi) tidak boleh digunakan pada individu yang tertentu kerana ia memberi kesan terus kepada gelombang otak individu tersebut. Ia tidak boleh digunakan oleh perempuan mengandung, individu yang mempunyai sawan atau masalah neurologi, individu yang memakai pacemaker, dan beberapa pekara yang lain. SILA KETAHUI SECARA MENDALAM TENTANG TEKNOLOGI INI SEBELUM MENGGUNAKANNYA.



Keberkesanan..? Macam makan ubat, ada yang memberikan kesan positif dan ada kurang berkesan. Ia bergantung pada isu yang ingin digunakan dan cara penggunakannya. Ia juga bergantung kepada apakah message yang dimasukkan. Jika ia ditulis bukan dari mereka yang memahami bidang sains minda dan pembangunan Minda, ia boleh memberikan kesan negatif kepada individu tersebut. (ia ibarat kita sedang me-reset manual mesin utama individu tersebut).sebaiknya dapatkan CD Subliminal ini dari mereka yang mempunyai pengetahui tentang NLP dan Hipnosis ataupun mereka yang berpengalaman dalam bidang Sains Minda. Ini kerana teknologi Subliminal ini meniru kaedah Self hypnosis dan Hetero Hypnosis. Ia ibarat anda menggunakan khidmat seorang Hipnoterapis untuk mengatasi masalah yang anda hadapi. Cuma anda gantikan CD Subliminal tersebut dengan seorang Hipnoterapis.



Pada saya ia masih satu alternatif yang patut dicuba jika anda mendapat peluang dari mereka yang sepatutnya. Saya sendiri kerap menggunakan teknologi ini untuk pelbagai tujuan.

No comments:

Post a Comment