Sunday, February 28, 2010

Kuasa Imajinasi Dan Kreativiti

Imajinasi adalah alat dalam menjana kreativiti seseorang individu. Seorang yang kreatif menggunakan imajinasi dalam meningkatkan daya kreatif mereka. Imajinasi dan kreatifiviti duduk di sebelah Otak Kanan. Kanak-kanak merupakan model terbaik di dalam mengapplikasikan imajinasi di dalam hidup mereka.




Imajinasi dan kreativiti yang besar menolak kerasionalan dan logik. Kanak-kanak yang belum mempunyai daya rasional (kerana banyak menggunakan minda emosi atau otak kanan) selalu berfikir yang besar-besar, yang pelik-pelik dan di luar rangka pemikiran orang dewasa. Mereka bermain pondok-pondok dengan menjadikan alat-alat di rumah sebagai bahan permainan mereka. Mereka mencipta pekakas permainan mereka hanya berasaskan kertas, kotak, pinggan dan apa sahaja bahan yang mereka miliki semasa itu. Mereka berlagak menjadi seorang pemandu F1 dan Jet Star Wars semasa bermain dengan rakan-rakan meeka. Orang dewasa akan ketawa apabila mellihat lagak dan aksi si kecil kerana si kecil menolak logik. Tetapi ramai lupa si dewasa sebenarnya dikekang dengan ego kerasionalan dan kelogikan.



Kerana itu di dalam prinsip Brainstorming, pekara pertama semasa memulakan sesi tersebut adalah menolak isu logik. Kerana logik akan membunuh kreativiti. Kerana logik akan menghalang lahirnya idea yang luar biasa dan unik. Kerana itu ibubapa jangan menghalang dan mentertawakan kreativiti si kecil. Ini akan menghalang DAYA KREATIF dan POTENSI MINDA mereka.



Seorang Novelis dan Pereka Feksyen menggunakan daya kreativiti dalam melahirkan karya mereka. Penulis komik “Pendekar Alam Semesta” juga menggunakan daya kreativiti. Daya kreatif yang bagus adalah menjangkau luar sempadan kemampuan minda. Biarkan otak bekerja mengarahkan Minda Separa Sedar menghasilkan kelogikan dan kerasionalan. Tanpa kreativiti tidak wujud filem sehebat Star Wars. Jika logik jadi panduan, JK Rowling tidak akan menjadi jutawan dengan cerita Harry Potternya.



Kerana itu imajinasi dan kreativiti sangat penting untuk menjana kemampuan minda. Imajinasi dan kreativiti sangat penting dalam merealisasikan matlamat dan impian. Indvividu yang menggunakana imajinasi dan kreatifiti dalam perjalanan mencapai matlamat lebih mudah dan lebih cepat berjaya berbanding mereka yang hanya menggunakan logik. Ini kerana imajinasi juga menghasilkan dan menjana KUASA.



Kuasa apa…? Kuasa Minda Separa Sedar.



Tanpa imajinasi , manusia telah mengabaikan satu potensi hebat yang sudah ada di dalam diri mereka.

No comments:

Post a Comment